Jiran Mesej Minta Perlahankan Bunyi TV, Wanita Terkejut Kerana Dah Bertahun Rumah Kosong

Memelihara keamanan dalam kejiranan amatlah penting dalam menjaga kemakmuran dan menjalinkan hubungan sosial yang baik antara satu sama lain.

Namun begitu, bagi rumah-rumah yang tidak berpenghuni pastinya akan menimbulkan sedikit kegusaran dan ia mampu mengundang makhluk lain untuk menetap di rumah tersebut.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Fatin Shafira berkongsi mengenai kejadian misteri yang berlaku di pangsapurinya.

Rumah kosong dah 2 tahun

Jelas Fatin, rumah tersebut telah ditinggalkan dua tahun yang lepas, dan dia tidak lagi menjejaki semula ke rumah tersebut.

Namun, dia terkejut apabila menerima Whatsapp daripada jirannya, yang menyatakan sering mendengar bunyi bising setelah pukul 12 tengah malam.

Bunyi bising dari rumah tersebut

Malah, jirannya turut bertanyakan siapa yang menghuni rumah tersebut dan meminta menggunakan earphone sebagai solusi kepada bunyi bising itu.

Lalu, dia yang menerima teguran itu bertindak untuk pulang ke rumah tersebut bagi mendapatkan kepastian. Namun, tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan rumah itu dimasuki oleh orang.

Nota yang ditinggalkan jiran

Selain itu, beberapa keping nota yang ditinggalkan oleh jiran-jiran menyuruh penghuni rumah tersebut memperlahankan suara televisyen kerana mengganggu jiran yang lain masih ada disitu.

Bunyi tersebut pada lewat malam

Berdasarkan nota-nota yang ditinggalkan, kebiasanya bunyi tersebut kedengaran ketika tengah malam dan menggangu mereka untuk tidur.

Jiran-jirannya turut terkejut apabila mereka diberitahu bahawa rumah tersebut sudah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni.


Bekalan air dan elektrik sudah lama diputuskan

Malah, jirannya turut mengadu mendengar bunyi air seolah-olah orang sedang mandi, Fatin ketika itu menunjukkan keadaan bilik mandi tersebut yang betul-betul kering tanpa ada sebarang tanda-tanda digunakan.

Tambahan pula, sangat mustahil rumah tersebut untuk mendapat bekalan air dan elektrik kerana dia sudah memutuskan bil tersebut. Jadi hairanlah, dari mana datang air dan elektrik itu.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang turut menceritakan pengalaman mereka sendiri berdepan situasi seperti itu.