[VIDEO] Cikgu Disiplin Garang di Sekolah, Berleter Loghat Kelantan di TikTok

Guru bahasa Inggeris, Wan Muhamad Fahmi Marzuki kini meraih peminat tersendiri menerusi aplikasi video popular itu.

Berusia 28 tahun. dia yang mesra disapa Jamie berpendapat platform Tik Tok banyak membawa manfaat jika digunakan sebaiknya.

Untuk suka-suka

Menurut lelaki kelahiran Kubang Kerian, Kelantan ini, dia mula membuay akaun Tiktok semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya mula buat TikTok sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tujuannya untuk suka-suka sahaja.

“Saya tengok banyak benda yang kita boleh buat menerusi TikTok. Saya juga banyak ekspresi diri melalui TikTok.

“Saya suka membebel dalam TikTok. Kat sekolah pun begitu juga, membebel dengan cara sendiri,”

Cikgu disiplin

Walaupun terdapat persepsi negatif segelintir individu yang menganggap aplikasi itu tidak sesuai dengan golongan pendidik, Jamie ada pendapatnya sendiri.

Menurut Jamie, tiada apa yang salah selagi ia tidak mengganggu tugasan hakiki yang sudah diamanahkan.

“Bagi saya tak ada masalah. TikTok juga satu plaftorm untuk bersosial sebagaimana media sosial yang lain.

“Saya kat sekolah cikgu disiplin, agak garang sikit. Mereka kata saya lain. Di sekolah lain, di TikTok lain.”

“Menerusi TikTok juga saya boleh sebarkan aura positif., sebar kesedaran mengenai sesuatu isu dan mendidik, sebab ramai pengguna TikTok dalam kalangan budak-budak.

“Selagi tak ganggu kerja dan waktu mengajar, tiada masalah. Kita juga kena tahu batas-batas kerana guru adalah cerminan masyarakat, jadi tak boleh nak over sangat,” katanya lagi.

Menurut Jamie yang juga guru disiplin, dia juga sering ditegur murid-muridnya di sekolah selepas mereka melihat video-video miliknya di TikTok.

“Ramai murid tegur. Saya kat sekolah cikgu disiplin, agak garang sikit. Mereka kata saya lain. Di sekolah lain, di TikTok lain.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sebab rakan-rakan sekerja juga faham, asalkan saya jaga batas dan content yang dikongsi di TikTok,” ujarnya yang mengajar di sebuah sekolah rendah di ibu negara.

Selesa bercakap loghat Kelantan

Jamie turut mengakui selesa membuat video sambil bertutur dalam dialek Kelantan menerusi TikTok.

 

View this post on Instagram

 

New normal. Selamat bersekolah anak2 semua ✌🏻

A post shared by Jamie J. (@jamiejays) on

“Ada ramai orang luar yang kata tak faham. Tapi saya selesa guna bahasa Kelantan. Saya rasa lebih personal.

“Bila guna bahasa Kelantan, apa yang nak diperkatakan bagaikan keluar dari hati,” ujarnya dalam nada berseloroh.