“Cari Pisau” Lelaki Kongsi Pengalaman Seram Laci Terbuka & Tertutup Sendiri Buat Netizen Meremang

Kewujudan makhluk halus sememangnya tidak dapat kita sangkalkan. Ada yang mampu menunjukkan sosok tubuhnya dan ada juga yang hanya memberikan ‘hint’ untuk memaklumkan bahawa mereka ada berdekatan dengan kita.

Sering kali kita dengar, ada yang berikan hint melalui bau-bauan, melalui mimpi, dengar bayi menangis, guli yang jatuh, bunyi tapak kaki dan sebagainya malah ada juga yang memberikan hint dengan mengalih-alihkan barang.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah keluarga berkongsi pengalaman seram ketika berada di sebuah homestay yang tidak diketahui lokasinya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @sazrulmalaya, dapat kita lihat dia merakam ke arah sebuah laci.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, laci yang berada di dapur itu terbuka dan tertutup dengan sendiri, sedangkan tiada sesiapa pun yang berada di dapur itu.


Difahamkan salah seorang ahli keluarga tersebut masuk ke dapur untuk mencari pisau bagi memotong ikan jenahak namun lain pula jadinya apabila melihat laci itu terbuka sendiri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berasa seram malah berseloroh mengatakan kasar cara ‘dia’ untuk ajak bergurau.

“Kena tukar rail laci yang soft close dah tu, nanti dia main tutup buka dah tak bising” – Netizen

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu berada di homestay ataupun hotel.

Antara komen warga maya:

“sebagai ibu mengandung yang sentiasa lapar jam 4 pagi, selepas melihat video ini saya ingin meminta suami pindahkan fridge ke sebelah katil hmm”

“laci macam pintu Vellfire, automatic”


“minta tuan rumah pasang children safety dekat laci supaya tak tersepit jari hantu tu.. bahaya hantu tu main macam tu takut tersepit”

“cakap dengan dia kalau merajuk pun tak payah lah hempas-hempas”

Video yang tular di laman TikTok:

@sazrulmalaya seram….dia main Laci pulak..alahaiii🥶🥶#pov #seram ♬ original sound – sazrulmalaya