Burger Ayam Special Tepi Jalan RM23, Netizen Seloroh Baik Makan McD

Burger adalah makanan wajib bagi rakyat Malaysia terutama sekali bila lapar pada waktu malam. Bukan sahaja murah tetapi juga mengenyangkan.

Lagi-lagi penjual burger sekarang sudah pandai memvariasikan burger-burger mereka. Oleh itu, makin banyak pilihan lah yang boleh kita pilih.

Walaupun kebanyakan peniaga menjual burger dengan harga yang murah, namun ada juga segelintir daripada mereka mengambil kesempatan meletakkan harga yang tak masuk akal!

Beberapi hari lalu tular sebuah hantaran di Facebook oleh seorang gadis berbangsa Cina bernama Nana Ng di mana dia telah di ‘scam‘ oleh peniaga burger.

Nana terperanjat ketika mengetahui dia dikenakan bayaran sebanyak RM23 untuk dua biji burger ayam special! Bermaksud, sebiji burger jatuh pada harga RM11.50.

Walaupun namanya special, harga yang dikenakan tidak sepatutnya semahal itu. Malah menurut Nana, peniaga tersebut berkata harga burger yang dimintanya memang begitu.

Gerai burger berkenaan dipercayai terletak berhampiran bank di Kepong, Kuala Lumpur. Nana sempat berkongsikan beberapa keping gambar gerai tersebut dan burger yang dibeli.

“Saya bertanya kepada penjaja itu tiga kali untuk mendapatkan kepastian, dan dia beritahu ia adalah harga untuk burger ayam special,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memerli peniaga tersebut kerana mengenakan harga burger setanding harga burger restoran makanan segera terkenal!

Malah ada juga yang berseloroh mungkin peniaga sengaja menaikkan harga burger akibat daripada kenaikan harga ayam di pasaran.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian yang dibuat Nana berjaya dibanjiri dengan ratusan komen serta mendapat 1.2 ribu perkongsian!

Hantaran yang tular di laman Facebook