“Kesian anak..” Tertinggal Anak Ketika Mencuri Motorsikal, Aksi Bapa Ini Undang Kecaman Netizen

Isu mencuri ni bukanlah satu perkara yang baharu memandangkan ada sahaja isu tentang barangan di tempat awam ‘lesap’ dicuri.

Terkadang, mangsa hanya parkir kenderaan mereka sebentar sahaja di hadapan kedai, namun tiba-tiba hilang diambil orang. Entah macam mana pelaku buat kerja, namun perbuatan terkutuk ini sepatutnya dihentikan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki mencuri sebuah motorsikal di sebuah jalan di Permatang Siantar, Sumatera Utara.

Namun apa yang membuatkan ramai terkejut adalah dia tertinggal anaknya ketika melarikan motorsikal tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram iaitu @terang_media, pada awalnya kelihatan lelaki tersebut berjalan dengan anak perempuannya di bahu jalan sebelum bertindak mencuri sebuah motorsikal yang terletak di bawah pokok.

Pun begitu, belum sempat anaknya melakukan apa-apa, bapanya terus memecut laju motorsikal tersebut.


Seorang lelaki yang dipercayai pemilik motosikal itu cuba mengejar pencuri terbabit selepas melihat kenderaannya dibawa lari namun gagal.

Anaknya kemudiannya berlari masuk ke salah sebuah rumah penduduk di tempat kejadian sebelum disoal siasat.

Difahamkan, rumah pelaku hanya terletak 200 meter daripada lokasi kejadian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap pencuri tersebut apatah lagi bila melakukan perkara keji itu di hadapan anaknya.

Bukan itu sahaja, netizen juga simpati melihat nasib anak yang terpinga dengan apa yang berlaku.

Antara komen warga maya:

“kesiannya si anak..”

“semoga anaknya tak meniru bapa..”


“mesti dia takut..”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TERANG MEDIA (@terang_media)