“Semua Jenis Pencuci ‘Miss V’ Adalah Scam” Doktor Sekolahkan Pengguna, Jangan Terpedaya

Kebelakangan ini dapat kita lihat pelbagai jenis pencuci miss V yang dijual malah ada yang viral di laman sosial seperti Instagram dan juga TikTok.

Pun begitu baru-baru ini seorang wanita yang juga merupakan seorang doktor tampil menjelaskan perkara sebenar tentang pencuci Miss V.

Menerusi video yang dimuat naiknya sendiri di laman TikTok @AmirahAzlan, dia menerangkan bahawa penggunaan pencuci Miss V adalah tidak perlu sebaliknya ianya tidak baik untuk kesihatan faraj wanita.

Doktor tersebut juga menegur penjual miss v yang dahulunya ‘claim’ pencuci yang dijual berbau wangi dan kini mengakui pencuci tersebut tidaklah berbau wangi sebaliknya berbau herba.

Jelas Doktor ini lagi, Miss V’ memang sepatutnya berbau seperti ‘Miss V’ dan tidak boleh berbau seperti buah-buahan, wangi-wangian, mahupun herba.

Bercakap tentang keputihan, dia menegaskan bahawa ianya adalah normal selagi tidak berbau hanyir atau seperti ikan busuk dan berasa gatal di alat sulit.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen bersetuju dengan kenyataan doktor tersebut malah ada yang akui ‘muak’ dengan sikap segelintir founder mempromosikan jualan pencuci miss V.

Dalam masa yang sama ada juga yang berkongsi pengalaman menggunakan sabun pencuci namun keadaan semakin teruk dan kembali pulih selepas berhenti menggunakannya.

Antara komen warga maya:

“tapi founder claim keputihan tu penyakit kronik sebab nak jual product dia promote sampai loya”

“aku heran kenapa ramai beli, saya dah kena dah dulu, sebelum dapat rawatan kena bebel dulu dengan doctor sakit puan.. sakit sangat kalau dah kena..”


“dulu pernah pakai, pastu makin teruk keputihan. Lama2 malas dah pakai. Terus okay dah keputihan”

“saya pernah kena dah dulu memang pengguna tegar pencuci miss v masa bujang, end dah kawin fallopian tube tersumbat and dapat ektopik so terpaksa operation”

Video yang tular di laman TikTok:

@kebebasandalamhidupku2 PENCUCI miss v #clinicdrama #doctortiktok ♬ original sound – Amirah Azlan