“Buat rumah guna simen ke guna lego ni?” – CEO BubbleBee Dedah Kualiti Tembok Rumah

Sebelum memasuki rumah baru, ada banyak faktor yang perlu diambil kira oleh kita sebagai pembeli contohnya butir-butir tentang binaan rumah seperti bahan yang digunakan.

Ini sebagai langkah berjaga-jaga agar tiada sebarang kerosakan bakal berlaku setelah mendiami rumah tersebut.

Selain itu, rumah juga merupakan aset yang ingin dihuni lama. Oleh itu, memeriksa kekukuhan rumah sangat penting agar si pemilik tidak perlu menanggung kos kerugian di kemudian hari.

Baru-baru ini tular di TikTok apabila CEO kepada BubbleBee, Dato’ Ismail membuat ‘eksperimen’ tentang bahan yang digunakan dalam pembinaan sebuah rumah.

Menerusi video yang dikongsi, beliau menolak tembok rumah yang dibangunkan pemaju menggunakan sebelah tangan sahaja.

Lebih menegejutkan, walaupun menggunakan tenaga dari sebelah tangan, tembok tersebut ‘rebah’ ke tanah!

Walaupun rumah berkenaan masih belum siap sepenuhnya, dapat dilihat tembok yang sudah disimenkan sangat rapuh dan tidak kukuh.

Kini, perkongsian tersebut telah berjaya meraih perhatian ramai dengan mengaut jumlah tontonan sebanyak 3.2 juta serta 128.2 ribu tanda suka!

Netizen yang melihat video tersebut turut mempersoalkan dimanakah kualiti dalam bahan yang digunakan untuk pembuatan tembok rumah tersebut.

Mereka turut berkata, pemaju tidak menggunakan besi sokongan untuk dijadikan tulang pada tembok yang dibangunkan.

Video yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail ini sedikit sebanyak telah membuka mata orang ramai yang ingin membeli rumah untuk memeriksa dahulu kecacatan yang ada pada mana-mana bahagian rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan pemaju tidak mengambil kira kualiti bahan yang digunakan dalam pembuatan rumah sebaliknya cuma memikirkan keuntungan semata-mata.

Dalam pada itu, ada yang turut meminta beliau untuk mendedahkan nama pemaju agar orang ramai boleh berwaspada dan tidak terkena nasib yang sama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“haha buat x pakai besi memang jadi rapuh camtu xde kekuatan”

“dia x tanam besi buat jadi tulang ka”


“Inilah hasilnya jika rakus dgn keuntungan tanpa kualiti”

“buat rmh guna simen ke guna lego ni🥺🥺sian owner tanggung kos rugi”

“nanti dia bagi alasan “dato tembok tu tak kering lagi memang tak kuat” 😂”

“Tuan kna bagi tahu nama pemaju tu dkat sini supaya ramai x terkena dngan penipuan..”

Video yang tular di laman TikTok

@datoismail88Remuk hati♬ Lebih Baik Pergi – Rusa Music