“Apa Lagi Kekurangan Mama?” Ibu Merayu Anak Perempuan Hilang 2 Bulan Pulang

Semakin modennya zaman, semakin banyak isu sosial yang berlaku di kalangan remaja bawah umur.

Sudah sering kali kita dengar remaja perempuan terutamanya lari dari rumah dan menghilangkan diri disebabkan rakan-rakan yang baru mereka kenali.

Sama seperti kisah yang berlaku kepada seorang ibu bernama Hasmida apabila anak perempuannya melarikan diri dari rumah sejak dua bulan lalu.

Walaupun kecewa dan terluka hati atas tindakan anak perempuannya itu, dia tidak berputus asa mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk menjejaki anaknya.

Hasmida turut melakukan sesi Live di TikTok. Menerusi sedutan yang dikongsikan, Hasmida merayu kepada anak perempuannya, Tengku Nur Hatikah Athirah, 15, pulang semula ke pangkuan keluarga.

Menurut Hasmida lagi, Hatikah melarikan diri dari rumah tanpa membawa kad pengenalan mahupun pakaian.

“Apa lagi kekurangan mama untuk kakak? Mama dah buat sehabis baik, ingat kawan tak bawa kita ke akhirat kak. Kakak dengan imej sekarang mama tak boleh terima. Dengan nama kakak tukar Melly, mama tak boleh terima kak.

“Dah lama sabar, dah 2 bulan saya pendam, saya menunggu dan terbayang Hatikah balik. Sebab dia anak perempuan 15 tahun, kalau kakak dah lepas dari tanggungjawab mama. Mama tak kisah kak. Saya cuma nak Atikah pulang dengan selamat je.” kata Hasmida.

@hasmidah537 #mohon ♬ original sound – Mala sari

Tambahnya, adik-adik Hatikah yang berada di Pekan, Pahang sedang menanti kepulangan kakak mereka.

Hasmida akui buntu dan tidak dapat mengenalpasti punca Hatikah melarikan diri sedangkan mereka tidak pernah berselisihan faham.

Malah katanya, dia juga tidak pernah mengongkong kehidupan anak perempuannya itu.

“Tapi hari ini sampai ke hari ini, kakak buat mama macam ni. Mama tak tahu apa lagi kekurangan mama. Akak sekarang duduk dekat Klang. Mama mohon sangat dengan kakak, kakak balik.

“Imej dia sekarang macam ni lah, saya tak nak dia terpesong atau dah tak ingat agama dia. Saya nak bawa balik dia dan adik-adik dia sedang tunggu di Pekan.” katanya.

Tebaharu, Hatikah dipercayai berada di kawasan Klang. Hasmida berkata dia sudah pun melaporkan mengenai kehilangan anak perempuannya kepada pihak polis.

Dalam pada itu, dia juga memohon jasa baik orang ramai memaklumkan kepadanya jika mempunyai sebarang maklumat berkenaan Hatikah.

Video yang tular di laman TikTok

@langitbiru1773 #ayahlong #gengkapak #gengpakcikketiak #1m #fyp #tiktokpelitfyp #fypシ #viral #kualalumpur #meruklang #malaysia #ngo #tiktok #tiktokmalaysia #mk54official #media #astro #tv3 #siakapkeli #livetiktokshop ♬ bunyi asal – Langit Biru