Lelaki Ini Berpendapat Perempuan Tidak Sesuai Kerja Kapal Cetus Debat Netizen

Kaum perempuan pada zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu. Dahulu, mungkin perempuan dilarang untuk memasuki sektor pekerjaan yang berat.

Berbanding kini, kaum perempuan telah membuktikan yang mereka juga mampu menggalas jawatan yang sama seperti lelaki mahupun berbeza dari segi tenaga dan kudrat.

Baru-baru ini tular video di Facebook apabila seorang pekerja off shore tidak mengalakkan kaum perempuan untuk bekerja di atas kapal.

Bukan saja-saja berkata sedemikian, namun lelaki itu turut dilihat memberi sebab atas kenyataan yang dibuatnya.

Menurut lelaki yang juga bekerja sebagai off shore tersebut, perempuan tidak sesuai bekerja di atas kapal kerana cara bekerja yang kasar dan lasak.

Tambahnya, perempuan yang terlibat dalam profesion itu mungkin akan terdedah kepada maksiat, zina serta gangguan seksual.

Di ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat yang diberi oleh lelaki tersebut. Malah lelaki itu turut dikatakan memberi penerangan yang jelas.

Selain itu, warganet turut bersependapat di mana kaum perempuan sebaiknya mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan mental dan fizikal mereka.

Bagaimanapun, ada segelintir yang kurang bersetuju dengan perkara yang disuarakan kerana berfikir soal tidak dapat menahan nafsu bergantung kepada individu itu sendiri.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Twitter

Video yang tular di laman Facebook