7 Bulan Tak Jumpa, Wanita Terkejut Suami Tak Kenal Anak Sendiri!

Menjalani hubungan jarak jauh atau long distance relationship (LDR) memang bukan sesuatu yang mudah.

Nak nak lagi bagi mereka yang sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata bersama.

Selain tak dapat bersua muka, perasaan rindu terhadap mereka yang jauh sudah pasti semakin membuak-buak.

Lain pula yang terjadi kepada sebuah keluarga ini apabila si ayah yang sudah lama tidak berjumpa dengan si anak tidak lagi mengenali anaknya!

Situasi itu dikongsikan di TikTok oleh @masdanielalhaqq77 yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Aryan.

Dikatakan Aryan terpisah dengan ayahnya selama hampir tujuh bulan kerana mengikut ibunya ke Arab Saudi.

Sebab itulah di dalam video kanak-kanak itu dilihat sangat teruja untuk berjumpa dengan ayahnya!

Namun reaksi yang diberikan si ayah pula mengundang dekah ramai!

Walaupun baru sehari video ini dimuat naik, ianya tular dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta dan 55.9 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@masdanielalhaqq77 Hahahahah mommy blurr jap tgk reaction daddy hg Aryan..🤣🤣🤣 #fypシ #aryaninMalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #malaysiasaudiarabia🇲🇾🇸🇦 ♬ original sound – MH

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan reaksi si ayah yang tidak mengenali anaknya.

Tak kurang juga yang kesian dengan kanak-kanak lelaki yang comel itu kerana kedatangannya tidak disambut oleh ayahnya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“😂😂😂😂 lawak…la selalu ank xknl dady.. kali ni dady xknl ank😂😂😂”

“Apesal aku kecewa dia x meluru nak peluk anak dia ya. The little angel was so excited to see his dad.”


“lahhhh anak hensem sgt smpai xkenai😂😂”

“reaction daddy pun 😂 sian aryan”

“kalau aku kak dari situ aku jerit “oii anak sendiri tak kenal ke?” ahaha”

“alahai sian dia… terus tersipu malu sbb daddy dia xknl dia..”

“dia igt selama nie dia bujang kot lupa dah ade anak 1”

“Balik daddynya kena tazkirah 😂”

“Nasib adik comel tu tak merajuk.😂😂😂”