“Mommy sorg2 yg urus kan segalanya” 6 Tahun Menjanda, Rita Rudaini Urus Persiapan Raya Anak Sendiri

Sudah masuk tahun ke-6 pelakon cantik Rita Rudaini berpisah dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Namun Rita terus tabah dan cekal membesarkan kedua-dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.

Tebaru, Rita Rudaini telah berkongsi satu posting di laman Instagram miliknya tentang persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sama seperti tahun sudah, Rita sudah biasa menguruskannya seorang diri.

Setiap kali raya mesti mommy siapkan dorg awal2…senang,sbb mommy pon keja xtentu masa…lgpon mommy sorg2 yg urus kan segalanya…

mommy suka planning,susun biar smuanya smooth…bukan mudah handle sorg2 ,tp klau kena cara nya,insyaallah di permudahkan apa saja  …

xpernah mommy pikir ‘tak bole’ walaupon mommy xtau apa jd di dpn  …baju raya,baju melayu,kasut raya  utk anak2 mommy…

tu pon dorg xmintak bli kasut n bj casual..sbb dorg ckp kasut dah ada,bole pakai lg…tp mommy nak jugak bli sbb apa yg mommy dpt ni pon adalah ‘rezeki mereka’ …tkasih ALLAH…alhamdulillah…

Rata-rata peminat merasa sedih dengan perkongsian tersebut dan memberikan kata-kata semangat buat Rita untuk menjalani kehidupannya.

Rita Rudaini merupakan salah seorang pelakon wanita dan model popular di Malaysia yang dilahirkan di Kangar, Perlis.

Dilahirkan pada 11 April 1976, Rita pernah  membintangi banyak drama TV tempatan. Biarpun kini agak jarang muncul di layar perak, Rita dikenali melalui filem “Mami Jarum Junior” hingga memberikannya pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) pada tahun 2004.