[FOTO] Putus Dengan Abang Menteri, Emma Ada Kekasih Baru?

Pelakon cantik Emma Maembong dikatakan hangat bercinta dengan abang kepada Menteri Belia & Sukan sebelum ini.

Walaubagaimanapun gara-gara foto mereka tersebar, hubungan Emma dan Syed dikatakan mula hambar dan telah putus.

menurut laporan dari Gempak, berita terbaru mengatakan Emma kini sedang rapat dan bercinta dengan seorang penyanyi rap kacukan Cina dan India, Ashtin.

Melalui laman Instagram juga dapat dilihat Ashtin memuat naik gambar bersama Emma.

Khabarnya, hubungan Emma dan Abdullah didakwa berantakan kini, mereka sudah membawa haluan masing-masing.

Walaupun dulu Emma kata mereka tak ada hubungan istimewa, tiba-tiba ada orang kata dah putus.

“Mungkin mereka menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan ramai. Tapi tak mengapalah, tak ada jodoh kan.”

Emma kini didakwa sedang rapat dengan seorang rapper kacukan Cina dan India.

Emma juga dikatakan sempat menikmati percutian ke Hong Kong bersama Ashtin dan adiknya, Chacha Maembong serta beberapa rakan yang lain.

Foto mereka juga turut dimuat naik oleh salah seorang rakan mereka di laman Instagram.

“Dakwa Zizi lagi, Emma turut sempat bercuti ke Hong Kong bersama Ashtin pada penghujung April lalu. Percutian itu juga disertai oleh adik Emma, Chacha Maembong dan beberapa rakan lain,” lapor Astro gempak.

Walaubagaimanapun, berita ini masih tidak disahkan oleh pihak Emma atau Ashtin sendiri.

Emma setakat ini masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang komen atau respon berkenaan perkara ini.