Pakai ‘Eyelash Extension’ Masa Raya, Wanita Serik Mata Kena Jangkitan Sehingga Sukar Untuk Dibuka

Apabila menjelang hari raya, pastinya ramai diantara kita ingin memakai pakaian yang cantik, terlihat kemas dan bagi kaum hawa sudah tentu mereka akan menyiapkan diri agar terlihat manis dipagi raya.

Penggunaan eyelash extension kini sudah menjadi trend dimana menyambungkan bulu mata palsu agar terlihat lebat dan panjang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita untuk melakukan rawatan ini untuk kelihatan cantik di Hari Raya namun bertukar menjadi mimpi ngeri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang penagguna TikTok iaitu @raihanarusli, difahamkan matanya terkena jangkitan gara-gara memakai eyelash extension tersebut.

“1st day raya – Mata dah start tak selesa tapi tak merah mata lagi.”

“2nd day raya – Mata dah start merah tapi tak sakit, ingatkan sebab tak cukup tidur almaklum raya terkejut kan.”

“3rd day raya – Mata dah start merah, berair, gatal, pedih, semua ada. Cari tempat yang boleh remove eyelash tapi jauh dekat Tampin. Nak tak nak terpaksa pergi juga.”

Lebih perit adalah apabila keadaan matanya ketika itu semakin berair dan berasa panas dari bahagian dalam mata selepas proses membuang eyelash extension.

“Mata dah kena infection, terpaksa pergi klinik ambil ubat. 2 jam lepas on antibiotik, lagi sakit mata. Bangun pagi nak buka mata pun perit, rasa panas, melekit semua ada.”

“No more eyelash extension sampai kena infection. Mak, ayah, suami, adik-beradik semua bising sis berani ambil risiko melibatkan mata.”

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@raihanaaaaaaaaaaa Xnak buat lagi dah 😭 #fyp ♬ Sayang sayang jangan terlalu sayang pada diriku – Isma Sane

@raihanaaaaaaaaaaa Reply to @annezila_ ♬ original sound rusli – raihana

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menasihatkan orang ramai agar tidak membuat eyelash extension terutamanya bagi mereka yang beragama islam. Bukan sahaja hukumnya haram malah lebih banyak buruk daripada baiknya.

Berikut antara komen warga maya:

“get well soon akak.. baru plan nak buat sebab nak kawin…”

“sorry ye pakai eyelashes tak sah solat..”

“bagus buat video macam ni supaya kaum Hawa yang lain jangan ikut sama.. nak cantik tapi menderita..”