Satu klip rakaman dashboard sebuah kereta mengenai kejadian kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah tular di media sosial.

Di dalam rakaman berdurasi 12 saat yang dimuat naik oleh sebuah portal, beberapa motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat dilihat telah dirempuh oleh penunggang tersebut  ketika kenderaan mereka mula bergerak.

Dua buah motosikal yang tidak sempat memberhentikan kenderaan dilihat jatuh dengan seorang pemandu berguling di atas jalan, manakla penunggang motosikal yang merempuh mereka tidak mengalami kecederaan.

Kejadian tersebut berlaku pada petang semalam jam 5.43 petang, namun lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Ianya telah mengundang kemarahan warganet dengan rata-ratanya berang akan sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sehingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa.

"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.