[VIDEO] “Sedih bila nak masak sedap2,” Anak di Asrama Berbuka Lauk Ayam Mentah, Ibu Luah Rasa Kesal

Setiap kali menjelang Ramadhan, membeli makanan di bazar Ramadhan mahupun di kedai antara detik yang ditunggu-tunggu oleh semua.

Kepelbagaian dan keunikan pelnagai juadah yang boleh dinikmati sepanjang bulan Ramadhan menjadikan ia tarikan bukan sahaja bagi mereka yang berpuasa malah ia turut ditunggu oleh pelbagai kaum.

Pelbagai jenis juadah boleh didapati sepanjang bulan Ramadhan

Oleh kerana pelbagai juadah dijual di kepada orang ramai terutama bagi mereka yang bekerja dan juga para pelajar gemar untuk membeli juadah berbuka puasa diluar.

Namun begitu, ada segelintir penjual yang tidak jujur menjual makanan kepada pelanggan yang datang membeli.

Terbeli ayam mentah untuk berbuka puasa

Baru masuk hari ketiga kita berpuasa terdapat beberapa komen yang tidak baik mengenai juadah yang dibeli.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna menerusi kumpulan Kami Suri Rumah, Puan Ariza Mahmood berkongsi pengalaman anaknya terbeli ayam yang tidak dimasak elok.

“Kesian pada anak yang duduk asrama. Beli makanan untuk berbuka dapat ayam macam ni.

“Anak2 kat asrama dah kering air mata teringat masakan mak kat rumah. Sedih bila nak masak sedap2 teringat kat anak. Siapa geng kita.”

Anak diasrama kecewa ayam dibeli masih mentah

Difahamkan, anaknya merupakan seorang pelajar dan tinggal diasrama telah membeli juadah berbuka puasa.

Alangkah kecewa anaknya apabila mendapati ayam yang dibeli oleh mereka masih mentah dan tidak masak.

Beli makanan berbuka dapat ayam macam ni

Mengenang nasib anak yang berbuka jauh dari keluarga, ibu ini sayu melihat keadaan anaknya itu.

Hampir keseluruhan isi ayam tidak boleh dimakan

Ibu tersebut meluahkan rasa terkilan dengan penjual makanan yang tidak jujur dan menjual makanan sangat teruk kepada pelanggan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan hampir keseluruhan isi ayam berkenaan mentah dan tidak boleh dimakan.

Netizen kesal dengan sikap segelintir penjual tidak jujur

Oleh kerana sayang hendak membuang juadah yang dibeli, gadis berkenaan telah memasak semula ayam tersebut menggunakan periuk elektrik kecil.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan segelintir sikap penjual yang tidak jujur.

Mereka turut memberi cadangan kepada ibu berkenaan untuk pergi semula kepada penjual tersebut dan meminta ganti rugi.

Tonton video dimuatnaik Puan Ariza di SINI