[VIDEO] “Kalau pukul depan rumah kita, kita pukul laki dia” Satu Taman Dengar Laki Bini Kelahi

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, merupakan salah satu pepatah yang sering digunakan jika berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri.

Begitulah adat berumah tangga, pasti akan ada pasang surutnya. Tidak salah berbeza pendapat, namun bertengkar terutama dikhalayak ramai tidak seharusnya berlaku.

Suami isteri merupakan satu pasukan dalam rumahtangga

Setiap pasangan harus mempunyai komunikasi yang baik dan saling menghormati antara satu sama lain bagi memastikan setiap perselisihan faham dikawal dengan sebaik mungkin.

Suami mahupun isteri keduanya perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan rumah tangga kekal harmoni.

Pertelingkahan suami isteri tarik perhatian jiran tetangga

Jika berlaku sebarang pertelingkahan, ia turut mengganggu keamanan dan keharmonian persekitaran dan jiran tetangga.

Seperti video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Eyraa Kim di aplikasi TikTok mengenai pertelingkahan jirannya.

Si isteri menjerit meminta pertolongan

Menurut wanita ini, dia mendakwa berlakunya pertengkaran yang melibatkan pasangan suami isteri di kawasan kejiranannya.

Hal ini terbukti menerusi video yang dikongsikan di media sosial selepas Eyraa mendengar sendiri si isteri menjerit meminta tolong.

Suara si isteri menjerit memarahi suaminya

Malah bukan itu sahaja, wanita ini juga mendakwa jirannya itu telah berlari keluar dari pagar rumah tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan, kedengaran suara si isteri yang dipercayai menggunakan dialek Kelantan ini sedang menjerit seakan memarahi suaminya.

Ada dakwaan si isteri telah dicederakan oleh suaminya

Selain itu, terdapat juga dakwaan yang mengatakan si isteri telah dicederakan oleh suaminya.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan dan punca di sebalik pertengkaran yang berlaku ini kerana rakaman suara dari video tersebut kurang jelas.

Nak tolong tapi ini hal rumah tangga

“Nak tolong tapi hal rumah tangga. Akak aku cakap kalau pukul depan rumah kita, kita pukul laki dia dengan penyapu ramai-ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan supaya jiran yang bernama Eyraa itu membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Buat laporan polis untuk elak sebarang perjara yang tidak diingini

Ini kerana menurut mereka ia dapat mengelak dari berlakunya sebarang perkara buruk yang tidak diingini.

@eyraa_kimdah sedia ngn batang penyapu #h#akwanita #p#ukuldia #c#urang #j#irankepochi #w#anita #f#yp♬ bunyi asal – eyraa kim

Perkongsian video yang dimuat naik oleh Eyraa itu telah meraih hampir mencecah 100,000 tontonan setelah dimuat naik di aplikasi TikTok.