Sony Memperkenalkan PS One Yang Baru, PlayStation Classic

Sony mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan kembali PlayStation One! Pengeluaran semula Playstation legend ini bakal dikenali sebagai PlayStation Classic.

Berbeza dengan sebelum ini, Playstation Classic ini 45% lebih kecil berbanding konsol asal. PlayStation Classic akan hadir dengan sokongan HDMI untuk tujuan sambungan televisyen dan dua alat kawalan dengan sambungan mikroUSB akan disediakan.

Menariknya, konsol ini akan sedia didatangkan dengan 20 permainan klasik di antaranya Tekken 3, Final Fantasy VII, Wild Arms, Jumping Flash dan Ridge Racer Type 4. 

https://www.youtube.com/watch?v=nl2h8LDq_oI

Walaubagaimanapun, palam kuasa USB yang diperlukan untuk menggunakan konsol tidak disediakan bersama di dalam kotak. Anda perlu membeli palam secara berasingan atau gunakan mana-mana palam USB yang bersesuian untuk PlayStation Classic ini.

PlayStation Classic ini dijangka akan dilancarkan pada 3 Disember 2018. Harga pasaran yang dicadangkan ialah pada sekitar $99.99 (~RM 415).

Untuk semua gamers, terutamanya 90s kids pasti tak sabar-sabar untuk mendapatkan konsol PlayStation Classic ini sebagai koleksi.