Ben Ladin Tak Dapat Jawab Bunga Kebangsaan Malaysia

Bulan lepas, seorang penyanyi hip hop muda iaitu Ben Ladin trending di media sosial apabila single beliau “Hikayat Ben Ladin” menjadi lagu hits. Lagu Hikayat Ben ladin itu yang dikaitkan di antara Malique dan Altimet menjadi popular dalam masa yang singkat sekaligus menjadikan nama Ben Ladin terkenal dalam sekelip mata.

Terbaru, nama Ben Ladin sekali lagi menjadi viral kerana beliau tidak dapat menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan mengenai negara sempena hari merdeka yang ke 61. Ben Ladin hanya dapat menjawab satu soalan saja daripada lima soalan yang ditanya.

https://www.facebook.com/mohdazizanhussin/posts/2131780636893879?__xts__%5B0%5D=68.ARD05HSAjBTDQ2xmESRBUHeyRdfbiY3cbCUP8ai_j8AGVaDme5FhYwmNW1aAbzslcck3HIPgDMswjzVvoqqTD-HpygQ_mLgNOV4VUID4GbzgoK1QuNCx8wSCTNZEliPKMy5DDb5leTWVCGLrG1hw-cSCbV66ynRwSS6tuZaBz0Ox7YFo0Tm0Xg&__tn__=C-R

Ramai netizen yang mengecam Ben Ladin di laman instagramnya. Kebanyakan daripada mereka tidak berpuas hati dengan jawapan BenLaden terutama apabila beliau tidak dapat menjawab soalan “Apakah bunga kebangsaan Malaysia?”.

Walaubagaimanapun, Ben Ladin telah memohon maaf di dalam satu posting di laman instagramnya.

“Terima Kaseh @f8buzzhiburan Memang Masa Tu Dalam fikiran Sedang Fokus Nak Perform On Camera,,Then Ur Team Suddenly Nak Buat Game Merdeka,,Kerana Taknak Mengecewakan Atau Taknak Dilabelkan SOMBONG..Ben Ikutkan Jugak,,Sedangkan Otak Tengah Floating Nak Perform On Camera,,So Memang Tak Fokus Langsung On Your “SUDDEN QUESTION & WAS ASKED TO ANSWER QUICKLY” Thats Why Every Time Klau Ben Nak On Camera Memang Tak Suka Diganggu.. Apa Pun Terima Kaseh Kepada Pihak @f8buzzhiburan Kerana Sudi Meminta Maaf…Ben Hargai💯💯💯 Btw Ben Pun Ada Kekurangan, Dari Segi Pengetahuan Am Dan Jugak Sejarah, Ben Akan Terus Belajar Dari Kesilapan Yang Berlaku, Assalammualaikum☺ #hikayatbenladin”

https://www.instagram.com/p/BnN6QYRDLQt/?utm_source=ig_web_copy_link