Pegawai Timbalan Menteri ‘Skodeng’ Bawah Skirt Dipecat

Seorang pegawai kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman telah menerima akibat apabila dia didakwa telah cuba membuat perlakuan tidak sopan ke atas seorang wanita.

Datuk Mohd. Azis Jamman memaklumkan bahawa beliau telah memecat dengan serta-merta pegawai yang didakwa merakam video di bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit.

Beliau menyifatkan kelakuan tersebut sebagai menjejaskan imej dan kredibiliti beliau sebagai timbalan menteri.

“Saya mengambil maklum berhubung salinan laporan polis dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular dalam media sosial melibatkan tindakan dan perilaku seorang individu yang bersama saya semasa pemeriksaan mata dijalankan.

“Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata tersebut dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Sehubungan dengan itu, Mohd. Azis memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan menegaskan tiada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain yang bertugas dengannya.

https://www.facebook.com/Mdazizhjjamman/posts/1476991745779175

 

Di dalam satu klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada tarikh 8 September 2018 di sebuah kedai cermin mata, seorang wanita dilihat sedang memeriksa mata Azis manakala seorang lelaki lain duduk di belakang wanita itu.

Lelaki yang mengiringi Azis itu kemudian dilihat menggunakan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt wanita berkenaan. Insiden berkenaan dikatakan terjadi di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Video CCTV berkenaan telah menjadi viral di Facebook dan mendapat kecaman daripada netizen.

https://www.facebook.com/barisanasional/videos/313158382566520/

[su_note note_color=”#d8d8c3″]Sumber Rujukan: Utusan, Malaysiakini[/su_note]