Lagu Terbaru Malique ‘Hikayat Benladin’ Sindir Altimet?

Malique ‘muncul’ dengan lagu terbaru yang dinyanyikan oleh penyanyi baharu, Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 17 tahun atau lebih dikenali sebagai Ben Ladin.

Ramai juga peminat yang merasakan lagu ini adalah lagu balas Malique kepada lagu Mambang oleh Altimet yang dikatakan dituju kepadanya sebelum ini.

Baca: Lirik Lagu Hikayat Benladin

Antara komen peminat di ruangan komen lirik video tersebut adalah:

If you listen clearly, this is diss song to Altimet. Dia hntar budak je.. jlake tol >.< – hanafiah rahim

Berdasarkan komen mereka, bait lirik Hikayat Ben Ladin yang menyebabkan mereka berkata lagu ini adalah lagu balas kepada lagu Mambang adalah pada lirik, ‘Mereka keluar masuk gua, Mencuba Mencari dimana ada, Mencuba meneka dimana saya, Mata kasar takkan dapat jumpa’.

Bahagian lirik itu seolah-olah membalas lagu Mambang nyanyian Altimet kerana dalam lagu Mambang ada menyebut tentang gua dan mempersoalkan dimana mambang yang hanya mendengar suara tapi tidak nampak kelibatnya.

Walaubagaimanapun ada yang berpendapat lirik lagu ini memberi maksud yang lain.

Ramai kata lagu ni diss Altimet. Tapi aku perasan ni macam sindiran untuk kaum liberal yang tak dapat mencari tuhan kerana hati mereka yang dihempap dosa dan kekotoran. And they continuously korek logik akal yang akhirnya menjerumuskan diri diorang ke lembah terkutuk. Mereka menggunakan emosi dan nafsu untuk berfikir sehingga mereka sanggup menyebarkan kebencian dan terus menerus mengutuk/mempertikaikan agama malah kewujudan tuhan. Yang pada akhirnya meninggalkan pandangan buruk pada bangsa dan agama sendiri. Bak kata orang, buka mata seluasnya pun masih tak nampak kebenaran “Siapa yang mengenal diri akan mengenal tuhannya.” General takkan layan diss Altimet sebab that’s too mainstream and tak ada benefit pun untuk dia sumbangkan lagu macam tu kepada masyarakat. Just my 2 cents. – Shafiah Shazan

Perkara ini mungkin hanyalah sekadar kebetulan dan mungkin juga ia ditujukan kepada Altimet sebagai lagu balas kepada lagu Mambang. Apa pun lagu dan lirik lagu Hikayat Ben Ladin memang best!

Jom layan lirik video Hikayat Ben Ladin Nyanyian Ben Ladin ini!