[VIDEO] Ambulans Tak Sampai-sampai, Bapa Sanggup Sarung PPE Hantar Anak Positif Naik Motor

Seperti yang diketahui umum, negara ketika ini berdepan situasi getir dalam menangani pandemik yang sedang melanda negara kita.

Malah, kes harian yang dicatatkan di seluruh negara masih berada di tahap yang membimbangkan dan tidak menunjukkan sebarang penurunan kes di beberapa buah negara.

Apa yang lebih menakutkan lagi apabila virus ini akan menyerang sesiapa sahaja tidak kira golongan muda mahupun tua dan tidak mengira jantina.

Bapa gigih pakai PPE untuk hantar anak ke hospital

Menerusi perkongsian sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter, seorang pengguna berkongsi video sedih pengorbanan seorang bapak dalam memastikan anaknya mendapat yang terbaik darinya.

Kisah tersebut mengenai seorang bapa di Thailand yang gigih menyarung PPE untuk menghantar sendiri anaknya yang telah disahkan positif.

Pengorbanan seorang bapa

Bapa tadi dilihat mengambil keputusan untuk menghantar sendiri anaknya bagi membolehkan kanak-kanak itu mendapatkan rawatan telah mengundang sebak ramai netizen di media sosial.

Dalam video yang telah dikongsikan memaparkan seorang bapa yang berpakaian PPE lengkap sanggup menunggu anaknya di hadapan rumah.

Selain itu, turut kelihatan bapanya memegang beg yang pastinya berisi berang keperluan anaknya itu.

Kasihan melihat anaknya penat menunggu ambulans yang tidak kunjung tiba

Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila bapanya berasa kasihan melihat anaknya penat menunggu ambulans yang masih tidak kunjung tiba.

Lalu lelaki itu sanggup menghantar anaknya dengan menaiki motorsikal untuk ke hospital gara-gara mereka telah menunggu lama ketibaan ambulans yang tidak sampai-sampai.

Bapa tadi sempat membuat panggilan video ketika anaknya di hospital

Dalam pada itu, wajah gembira turut terlihat ketika bapanya sempat membuat panggilan video untuk memberi kata-kata semangat kepada anaknya yang berada di hospital.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan adegan dalam video tersebut.

Netizen kagum dengan pengorbanan seorang bapa

Mereka juga turut kagum dengan pengorbanan bapa tersebut yang tidak sanggup melihat anaknya lambat diberikan rawatan.

Netizen turut mendoakan agar adik tadi cepat sembuh dan dapat kembali semula ke pangkuan keluarganya.