“Nisan 2 Batang Walaupun Kau…” Jawapan Padu Uncle Kentang Apabila Ditegur Pemimpin Politik Supaya Diam dan Tidak Lantang Bersuara

BIAR PI…..AKU BUKAN TIKUS….. BATU NISAN 2 BATANG WALAUPUN KAU GELARAN TINGGI TIGGI ATAU APA APA.

Aku di tegur oleh seorang pemimpin politik kerajaan baru untuk jangan lantang bersuara dan diam dan kemunkinan saya akan dapat di tawarkan gelaran atau pun jawatan dalam mana mana entah apa apa kedudukan ATAU DAPAT GELARAN.

Aku kata. Mati itu batu nisan 2 . Kalau ada Dato, Tan Sri, Tun, pun tetap batu nisan 2. Gelaran dunia . anugerah dunia sementara saja.

Yang kekal dalam tanah. So brother, sorry, I tak harap dapat gelaran. Kalau Sultan mau bagi saya akan terima. Tapi terima gelaran melalui orang Politik.

AKAN SAYA TOLAK. TAK AKAN SAYA TERIMA. BECAUSE HANYA TUANKU SAHAJA YANG LAYAK BERI ANUGERAH. Bukan orang politik tepi jalan yang hidup sendiri pun tak betul.

I am what I am. SORRY BROTHER, AKU BUKAN TIKUS, AKU AH KUAN.

 

Ini adalah posting Uncle Kuan yang dikatakan punca ahli politik tersebut menegurnya supaya tidak lantang bersuara.

KAMI PENGEMIS REZEKI TEPI JALAN……. KAMI TAK PANDAI BERTANDING POLITIK, KAMI BERTANDING DENGAN PANAS, HUJAN, HABUK SETIAP HARI DI TEPI JALAN… KAMI TIADA ADA OPIS YANG BERHAWA DINGIN…. KAMI TIDAK MINTAK SIMPATI…. TAPI KAMI MINTAK ADIL DARI SEGI AGAMA……

Kalau lah saya penguatkuasa, saya tak akan hukum. Saya bimbing. Sedih dalam Malaysia baru, gerai gerai tepi jalan kena angkut .

Macik tu bertanding bukan di politik, bertanding dengan hujan, dengan panas, dengan habuk, dengan angin kencang yang pecahkan payung, bertanding masak bodoh kerana semua masakan tak dapat jual kerana hujan turun lebat……

bukan macam YB, kereta besar, sokongan rakyat yang kena tipu habis, YB boleh lah meeting di dalam ofis, hari hari keluar dalam TV entah cakap apa apa…… jaga YB, longkang mati akhirat tu dekat sangat…. jangan lah kau hina kami makcik gerai tepi jalan…..

kalau lah AKU BERAGAMA ISLAM, akan aku permudahkan lesen, bawa borang dan bantu makcik ini isi dan dan di gerai…. berikan geran bantuan kewangan untuk menaikkan bisness…..

akan aku arahkan penguatkuasa lesen untuk bawa kerani kerani dalam opis tu turun padang, bawa segala cop cop pejabat dan mesin mesin untuk bayar dan bantu mereka dapatkan lesen….

BUKAN KAH AJARAN AGAMA SURUH KITA MEMPERMUDAHKAN…. MENGAPA KITA YANG BERAGAMA HARUS SEKSA MEREKA….

sediakan lori Majlis , truk majlis untuk bantu mereka pindah ke tempat yang sesuai kalau kita percaya tapak yang sediaada ganggu lalu lintas… adalah tanggung jawab kita sebagai orang yang beragama mencarikan tempat sesuai untuk mereka berniaga….

kalau anda robohkan gerai mereka, kau rampas barang mereka … adakah kau selidik latar belakang keluarga… adakah makcik patient dialysis, atau ada ahli keluarga terlantar, atau ada ahli keluarga yang sedang sakit kanser…

adakah anak anak yang masih kecil masih sekolah dan perut lapar jalan kaki berbatu ke sekolah…. Ohhhh Tuhan ku…..

kita semua beragama….. adakah kita fikir untuk mereka yang susah….. MULA HARI INI KITA UBAH….. TIADA GUNA KITA UBAH KERAJAAN KALAU PATTERN YB MASIH SAMA…. ATAU LEBIH TERUK DAN HANYA PANDAI MENGHUKUM….

MALU SAYA KERANA SAYA BELUM ISLAM…. Kerana saya lihat rata rata YB yang beragama macam tak fikir langusng mati……

MARILAH MARI LAH MARI LAH…. MATI ITU PALING DEKAT DENGAN MU…. TIDAK JAUH TU…. Kamu jadi YB dengan Izin Tuhan….

kalau Tuhan kata kamu accident hari ini, maka kamu accident dan terus lumpuh… NAK ANGKUH APA…… MASA ITU BOSS POLITIK BESAR MU PUN TAK BOLEH BANTU MU…. MASA ITU LAH BOSS POLITIK BESAR MU TINGGALKAN MU….

KERANA KAMU SUDAH LUMPUH DAN TAK BERGUNA…. YANG MENGIRING MU, SAHABAT MU YANG SETIA, AHLI KELUARGA MU…. AMALAN MU…. SEGALA AMALAN BAIK MU PASTI AKAN HADIR BERSAMA MU…. MEREKA TAK LARI…

DAN TUHAN AKAN BERSAMA MU….. Marilah kita bantu makcik makcik gerai tepi jalan. pak cik pak cik yang saban hari duduk tepi jalan hanya untuk mencari sesuap nasi untuk cucu, anak anak dan kita sepak teranjang gerai mereka….

adakah kita tidak kejam?

RENUNG RENUNG LAH…. JANGAN KAU LUPA BAWA BERSAMA AGAMA MU KETIKA KAMU BERTUGAS…. DAN MENJALANKAN TUGAS DI TEPI JALAN……