Baru Sahaja Dibaiki, Tindakan Seorang Remaja ‘Matikan’ Eskalator LRT Buat Netizen Berang

Setelah sekian lama tidak berfungsi, akhirnya eskalator pada jambatan yang menghubungkan kawasan Wangsa Walk dengan LRT Sri Rampai telah dibaik pulih dan beroperasi seperti sedia kala.

Pun begitu, baru-baru ini Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memuat naik rakaman sekumpulan remaja nakal menekan butang kecemasan pada eskalator itu untuk menghentikan operasinya mencuri perhatian ramai.


“Min tak pasti apa niat sebenar remaja ni tetapi apa yang beliau lakukan ni dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme.”

“Butang kecemasan hanya digunakan pada saat-saat genting dan salah guna butang tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator dan akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain,” tulis pengendali Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan budak lelaki tersebut yang dilihat ‘gatal tangan’ dan menyusahkan ramai pihak terutamanya juruteknik yang perlu menghidupkan semula eskalator tersebut.

Bagaimana pun, ada juga netizen yang mengatakan bahawa eskalator itu kelihatan tersangkut-sangkut dan mungkin ianya merupakan salah satu sebab remaja berkenaan menekan butang kecemasan untuk menutup operasi bagi keselesaan ramai.

Ada juga yang beranggapan bahawa budak lelaki tersebut melakukan perkara berkenaan kerana tiada pengguna yang menggunakan eskalator bahkan mencadangkan agar pihak LRT dapat mengantikannya dengan eskalator dilengkapi sensor yang hanya beroperasi apabila ada orang mahu menggunakannya sahaja.

Antara komen warga maya:

“1 kerja pula technician nak datang sana semata-mata nak on balik. ingat tekan je dah boleh jalan ke”

“kalau tengok escalator tu ascent@gerak keatas dia macam sangku2 min.. mungkin sebab tu dia off..boleh check semula condition”


“tutup bila tiada orang guna.. teknologi baru.. sensor.. orang nak naik, baru gerak”

Video yang tular di laman Facebook: