“Tangkap je ex saya tu” Biawak Sesat Masuk Pasar Raya, Bomba Gigih Tangkap Curi Perhatian Ramai.

Seperti yang kita tahu, gigitan haiwan liar seperti biawak sangat berbahaya. Antara kesanyang paling sering terjadi kepada manusia adalah muncul bengkak sesaat setelah digigit binatang ini oleh kerana bakteria yang ada dalam liur biawak mampu masuk dalam aliran darah dan mengganggu kelancaran darah untuk mengalir.

Tak hairan lah kalau ada yang lari tak cukup tanah kalau jumpa haiwan ini.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor biawak dilapor tersesat da memasuki kawasan letak kenderaan di sebuah pasar raya terkenal mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat baik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @fire_fighter_forever, dapat kita lihat kegigihan pasukan penyelamat yang cuba menangkap haiwan tersebut.

Bukan mudah ya nak menangkap haiwan ini kerana sememangnya haiwan ini terkenal dengan sifat lasaknya. Namun, oleh kerana adanya penyelamat yang hebat akhirnya biawak tersebut dapat ditangkap.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan bagaimana biawak tersebut boleh tersesat masuk ke ruangan parkir di pusat membeli belah itu.

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat meninggalkan komen-komen lucu menyamakan perkara tersebut dengan bekas kekasihnya.

“Bagus abang bomba. Tangkap je ex saya tu. Siar-siar nak cari mangsa la tuu,” Netizen

Bagaimana pun, netizen ‘salute’ dengan kegigihan para penyelamat dan menyifatkan mereka merupakan hero yang tidak diundang bahkan akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan manusia mahupun binatang.

Antara komen warga maya:

“okayyy its enoughhh of jurasicc parkkk sapa main jumanji niiii”

“ex saya memang suka shopping”


“ini kalau suami aku nampak.. memang tempat ni dia takkan jejak lagi”

“ex siapa ni baik mengaku cepat!”

Video yang tular di laman TikTok:

@fire_fighter_forever kesian dia, mungkin nak membeli belah keperluan harian 😁 #firefighterforever #fypシ #biawak #lotus #abambomba ♬ Jurassic World – Tha Weedaz & €l Pa$o