Bapa Belikan Satu Sahaja Mainan Untuk Anak Tiri Undang Kemarahan Netizen

Gelaran ‘anak kegemaran’ mahupun ‘anak kesayangan’ tidak sepatutnya diwujudkan oleh ibu bapa agar tidak menimbulkan rasa tidak puas hati mahupun terpinggir dalam diri anak-anak.

Sebaiknya ibu bapa dinasihatkan memberi layanan dan kasih sayang yang sama kepada semua orang anak supaya tiada perasaan dipinggirkan dan berlakunya pilih kasih.

Baru-baru ini tular di TikTok di mana seorang kanak-kanak lelaki digelar anak tiri oleh bapanya sendiri. Bukan itu sahaja, video memaparkan bapanya hanya membelikan satu mainan sahaja untuknya sementara adik beradiknya yang lain diberi dua mainan!

Menerusi video berdurasi 39 saat yang dikongsikan oleh @asofa40, lelaki yang juga bapa kepada budak lelaki ini baru sahaja pulang dari membeli barang mainan untuk anak-anaknya di kedai RM2.

Namun apa yang membuatkan ramai tersentuh dan sedih, si bapa seolah-olah mengetepikan budak lelaki yang mengenakan baju Upin Ipin berwarna biru ini.

Menurut lelaki itu, budak lelaki ini diberikan satu sahaja mainan kerana dia hanyalah anak tiri. Terkilan mendengar percakapan bapanya itu, budak lelaki itu terus berlari ke belakang dan menangis.

Sejak video itu dikongsi tempoh hari, ianya tular dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 557 ribu serta mengaut sebanyak 24.5 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tidak berpuas hati dengan gurauan yang dibuat si bapa. Mereka berpandangan jika hendak bergurau biarlah kena pada tempatnya.

Selain itu, warganet risau kanak-kanak lelaki tersebut akan berdendam dengan bapanya. Dalam pada itu, jika benar budak lelaki itu anak tiri, dia sewajarnya dilayan sama seperti anak-anak yang lain.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“aku sorang jeke yang dengar ayah dia cakap “kau satu je sebab kau ank tiri”😳”

“jgn smpai budk tu dh besr die bls dendam..”

“kesian budak tu”


“dah besar nnty budak tu cakap “kau duduk umah kebajikan je sbb kau bapak tiri”😅”

“begurau ad tmpt, klau x pujuk ank tu, akan efek smpai dewasa, nti smpai ke bsar dy angp plih ksih, tkt tmbul rsa x puas hti kt adik2 dy bsar nti😌,”

“dok aku sorang je ke yng sedih tngk video ni🥺”

Video yang tular di laman TikTok

@asofa40♬ bunyi asal – asofa40