“Tahniah.. semangat kesukanan yang tinggi” Coach Hendra Berkaki Ayam, Pinjamkan Kasut Pada Pemain Jamaica

Sukan Komanwel 2022 atau Birmingham 2022 telah membuka tirai kejohanan pada 28 Julai 2022 lalu dan bakal berlangsung sehingga 8 Ogos 2022 di Birmingham, England selaku tuan rumah.

Kali ini, lebih kurang 6500 atlet daripada 72 buah negara-negara dan wilayah Komanwel mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel bagi menyertai lebih 20 jenis dengan 280 disiplin termasuk sukan para.

Malaysia juga tidak ketinggalan dimana seramai 104 atlet yang mengambil bahagian dengan jumlah keseluruhan kontinjent negara diwakili oleh 162 orang termasuk 44 pegawai dan 13 kakitangan bagi memastikan kelancaran sepanjang temasya.

Semalam, acara badminton berkumpulan telah bermula di mana Malaysia menentang Jamaica dan beroleh keputusan 5-0 dalam kumpulan D, sekaligus melayakkan Malaysia ke suku akhir.

Dalam pada rakyat Malaysia bergembira dengan kejayaan pasukan negara, ada pula insiden yang lebih menarik perhatian ramai secara tidak langsung membangkitkan lagi semangat kesukanan orang ramai tidak kira dalam mahupun luar negara!

Tular sebuah video di media sosial apabila kasut pemain badminton Jamaica, Samuel Ricketts koyak ketika saingan antara pemain perseorangan iaitu Ng Tze Yong dan dia sendiri.

Memandangkan tapak kasutnya terpaksa dipotong dan Ricketts tidak membawa kasut lebih, permainan tepaksa dihentikan seketika. Dalam pada itu ramai yang membantunya mencari kasut daripada rakan sepasukan. Bagaimanapun kebanyakan kasut yang dipinjamkan tidak sesuai dengannya dari segi saiz.

Yong turut dilihat membantu Ricketts malah dia sempat bertanya kepada Ricketts saiz kasutnya selepas melihat ketidakselesaan pemain dari Jamaica itu.

Tidak lama kemudian, jurulatih badminton Malaysia, Hendrawan dengan pantas datang memberikan kasutnya kepada Ricketts. Mujur saiz kasut mereka sama dan akhirnya membenarkan permainan untuk diteruskan.

Kamera turut sempat merakam momen-momen Hendrawan rela berkaki ayam demi meneruskan acara perlawanan. Semangat kesukanan yang ditunjukkan telah membuatkan ramai terharu serta memuji pemain dan jurulatih pasukan badminton Malaysia.

Video yang tular di laman TikTok

@wanyqt23 Cuteee jaaa yong datang tanya Ricketts the sportsmanship the story of kasut terkoyak tapak with happy ending #commonwealthgames2022 #ngtzeyong #badmintonmalaysia #coachhendrawan ♬ Gemilang – Ella