Kecoh! Dua Bangsa Bertelingkah Di Restoran Mamak Gara-Gara Hisap Rokok

Merokok di premis makanan merupakan kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana individu. Jika enggan menurut perintah, perokok atau pemilik premis boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250.

Perintah yang dilaksanakna oleh pihak kerajaan ini adalah bertujuan untuk menjaga kesihatan masyarakat terutamanya mereka yang berkunjung ke tempat tumpuan awam.

Bagaimanapun, masih ada perokok yang degil dan ingkar dengan larangan tersebut walaupun sudah terpampang notis dilarang merokok di dinding-dinding premis.

Sama seperti yang terjadi baru-baru ini di mana seorang perokok berbangsa Cina telah ditegur oleh seorang lelaki tua berbangsa India di kedai makan mamak sehingga tercetusnya pergaduhan antara dua belah pihak.

Menerusi video yang dikongsi oleh Nelson James Bond 007 di Facebook, lelaki India lingkungan 50-an itu bertindak menegur pemuda yang menyalakan puntung rokok di dalam restoran.

Berasa terganggu dan kurang senang melihat situasi tersebut, lelaki berkenaan datang ke meja makan perokok lalu memarahinya sambil meninggikan suara.

Walaupun sekadar ingin memberi peringatan, namun caranya tidak menghalalkan niat malah caranya menegur dianggap kurang sesuai kerana membabitkan isu perkauman serta menggunakan kata-kata kesat yang tidak enak didengar.

Bukan itu sahaja, video turut memaparkan lelaki tua itu seolah-olah sengaja menyakitkan hati dan seperti samseng yang mengajak untuk bergaduh.

“You tak tau ka dalam kedai tak boleh hisap (rokok)? You China punya orang ka? Hah?! China mari la you? P*****k you Cina, l****u you tengok-tengok. Apa hal you hisap rokok?! You bodoh ka?!” kata lelaki tua itu.

“Apa kuasa you (nak buat teguran)?!” balas perokok.

“Saya rakyat Malaysia. L****u you la! P******k! Mau kena tampar you punya muka!” jawabnya.

“Saya pun rakyat Malaysia. Kalau you berani, you report polis sekarang!” cabar si perokok.

Sementara itu, pemilik video ini turut menzahirkan rasa kecewanya terhadap lelaki tua itu kerana menyentuh isu-isu sensitif yang dianggap tiada kena mengena dengan kesalahan yang dilakukan ketika menegur perokok berbangsa Cina itu.

“Saya sedang minum kopi dan melihat lelaki ini membuli orang Cina dan memarahi ‘P*****k Cina balik China. Adakah orang Cina begitu mudah dibuli?

“Awak boleh marah orang kerana merokok tetapi jangan memarahi orang Cina balik ke China untuk menghasut. Saya perlu berdiri dan membantu lelaki ini (perokok) daripada terus dibuli sebegini.

“Merokok itu salah tetapi tiada kena mengena dengan orang Cina. Kenapa tegur Cina p*****k dan tampar muka bila tegur orang?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, netizen mengecam tindakan lelaki yang sewenang-wenangnya merokok di dalam restoran. Dalam pada masa yang sama, mengkritik tindakan lelaki India itu kerana mereka percaya segala masalah boleh diselesaikan jika berkomunikasi dengan baik dan sopan.

Netizen turut berpendapat setiap individu perlu menghormati antara satu sama lain dengan tidak merokok di premis makanan demi keselesaan orang ramai.

Video yang tular di laman Facebook