Baling Tong Sampah Ke Penonton Lelaki, Gadis Timbulkan Kekecohan Semasa Perlawanan Bola Sepak

Sukan bola sepak adalah satu sukan yang sangat trending di serata dunia bahkan kita yang duduk melihatnya tidak kiralah di depan kaca tv mahupun di stadium, pasti dapat merasakan semangat yang sama.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana berlaku pergaduhan dimana seorang wanita dipukul selepas membaling tong sampah mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, wanita tersebut bertindak melakukan kekerasan dengan membaling tong sampah ke arah seorang lelaki yang juga penyokong COFC, kerana tidak tahan dengan kata-kata kesat yang sebenarnya langsung tidak ditujukan kepada wanta tersebut.

Dapat kita lihat wanita yang berbaju merah jambu tersebut terjerit-jerit ke arah lelaki tersebut sebelum diserang oleh seorang lelaki dan menimbulkan kekecohan.

Hal ini bukan sahaja mengejutkan para netizen dan penonton yang berada di situ malah insiden ini mendapat perhatian daripada pihak COFC sendiri.

“Pihak COFC ingin membuat permohonan maaf diatas apa yang berlaku semasa perlawanan akhir Puncak Alam League pada 22 Mac 2022 diantara COFC dan BP2 yang dicemari pergaduhan diantara kedua-dua penyokong yang bertanding.”

“Pihak kami bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa untuk memberi apa juga keterangan bagi membantu atau menyelesaikan isu ini.” ujarnya dalam sebuah kenyataan.

Berikut merupakan video yang tular:

Sehingga kini, vidoe yang berdurasi 19 saat itu telah pun meraih jumlah tontonan sebanyak 320.9K di platform Twitter.

Meninjau reaksi netizen, ada yang menyalahkan wanita tersebut kerana tiba-tiba membaling tong sampah kepada lelaki yang langsung tidak berniat untuk menggunakan perkataan kesat kepadanya.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyalahkan lelaki tersebut kerana bertindak kasar dengan wanita tersebut biarpun berpunca dari wanita itu.

Berikut merupakan pandangan warga maya: