“Dekat rumah pun ada KPI..” Suami Bagi ‘Bonus’ Buat Isteri Melalui Surat Rasmi Kenaikan Gaji Bikin Netizen Terharu

Menjadi seorang isteri bukan lah satu perkara yang mudah bahkan terdapat pelbagai tanggungjawab yang harus dipikul demi memastikan keluarganya selesa.

Tidak dinafikan, suri rumah juga merupakan satu pekerjaan yang tiada penghujungnya selagi bergelar isteri ataupun ibu, tidak bergaji dan tiada cuti.

Pun begitu, para suami juga boleh membahagiakan isteri dengan pelbagai cara seperti memberi ‘reward’ dimana membawanya pergi bercuti, membelikan hadiah dan banyak lagi demi menghargai jasanya.

Persis seperti yang tular baru-baru ini dimana seorang suami memberikan kejutan yang lain daripada yang lain dimana dia memberikan satu surat yang membuatkan wanita ini tersenyum membacanya.

“Bonus prestasi bagi tahun kewangan 2021”

Dalam surat tersebut, suaminya akui tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar untuk mereka berdua dan dalam masa yang sama dia mengucapkan terima kasih atas segala jasa wanita ini sepanjang menjadi isterinya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga menghadiahkan isterinya sejumlah wang namun apa yang membuatkan netizen terhibur adalah cara dia memberikan wang tidak tumpah seperti seorang majikan memberikan bonus kepada pekerjanya.

Dia juga berharap agar isterinya dapat terus menjadi isteri yang penyayang dan mendoakan kejayaan isterinya pada tahun 2022.

“bila company tak recognize performance kau, but your husband does.. dekat rumah pun ada KPI nak kena achieve” ujar wanita yang lebih mesra dikenali sebagai Aisyah ini.

Suaminya juga sempat meninggalkan pesanan di hujung surat tersebut dengan mengatakan bahawa duit bonus tersebut berada di bawah keyboard nya.

Video yang tular di laman TikTok:

@shaarrrrr_ Dekat rumah pun ada KPI nak kena achieve #fyp #sorrysinglenoganti ♬ Love You Still (abcdefu romantic version) (v1) – Tyler Shaw

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 64.4K tontonan, 1547 tanda suka, 43 komen dan 124 perkongsian di applikasi TikTok:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan suaminya seorang yang ‘sweet’ dan menitik beratkan isu nafkah terhadap isteri malah ada yang berseloroh bertanyakan berapakah baki yang tinggal setelah ditolak EPF.

Dalam masa yang sama, ada juga para suami yang meninggalkan komen dimana isteri juga berhak mendapatkan bonus darpada suami.

Berikut merupakan komen warga maya: