Wanita Berdepan Detik Cemas, Diserang Anjing Peliharaan Sendiri Hingga Patah Tulang

Memiliki haiwan peliharaan mampu untuk menghilangkan rasa sunyi seseorang, sekaligus menjadi sebahagian dari keluarga atau sahabat sejati di rumah.

Bagi muslim, kebanyakkannya memang gemar untuk memelihara kucing manakala bagi non-muslim pula, mereka lebih memeilih untuk memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan.

Pun begitu, terkadang anjing juga boleh jadi sangat agresif sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita terpaksa bertarung nyawa melawan anjing peliharaan kesayangannya selepas haiwan itu menyerangnya secara tiba-tiba mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan Daily Star, wanita berusia 25 tahun yang berasal dari Columbia itu diserang dan digigit pada lengan oleh anjing jenis pit bull yang berusia empat tahun ketika sedang mengikat tali kasut.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam lif, wanita itu dilihat telah masuk ke dalam lif dengan pendarahan yang banyak.

Terpaksa menjalani pembedahan

Difahamkan, dia tidak mempunyai sebarang pilihan yang lain selain masuk ke dalam lif namun apa yang membuatkan keadaan lebih teruk adlah anjingnya itu turut mengikutnya masuk dan tidak mahu melepaskan gigitannya.

Dapat juga kita lihat anjing tersebt menggoyangkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sambil wanita itu menjerit.

Pun begitu, wanita tersebut dilaporkan selamat akan tetapi perlu menjalani pembedahan gara-gara koyakkan yang teruk di bahagian lengannya.

Anjing tersebut memakai muzzle?

Insiden tersebut nyata membuatkan jiran tetangga wanita ini terkejut kerana mereka menyifatkan anjing itu entiasa kelihatan mesra dan tidak pernah menunjukkan sebarang sifat agresif.

Bagaimana pun, mereka cuma menyedari bahawa wanita itu selalu membawa anjingnya berjalan-jalan dengan memakai muncung atau muzzle.

“Apabila haiwan itu melompat ke atasnya, satu-satunya perkara yang dia fikir adalah jika dia tinggal di tingkat lima, tiada siapa yang akan menyelamatkannya,” menurut jurucakap polis.

“Wanita itu mengalami patah tulang pada dua jari tangan kanannya, phalanx di sebelah kirinya. Dia masih dirawat di hospital dan menunggu untuk dipindahkan ke klinik bagi prosedur perubatan.”

Video yang tular di laman Twitter:

Bagaimanakah nasib anjing tersebut?

Menurut liputan, anjing tersebut dihantar ke Sekretariat Kesihatan Pusat Zoonosis Cúcuta untuk dianalisis tingkah lakunya selama sepuluh hari bagi menentukan nasibnya.