“Rindu Nak Keluar Sendiri..” Wanita Pagi Malam Menangis Luah Menyesal Ada Anak Sebab Penat, Netizen Tampil Beri Pandangan

Cahaya mata adalah anugerah terindah buat pasangan yang bergelar suami isteri bahkan kehadiran zuriat juga mampu menambahkan kebahagiaan pada rumah tangga yang dibina.

Pun begitu, tidak dinafikan menjaga anak yang masih kecil bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi anak yang pada usia 8 tahun ke bawah memerlukan perhatian yang lebih.

Tidak hairanlah jika ada ibu atau bapa yang ‘burn out’ atau terlalu penat apabila sudah mempunyai anak kerana tiada masa untuk diri sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita meluahkan rasa ‘penat’ menjaga anak hinggakan menganggu fizikal serta mentalnya mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, terkadang dia merasa menyesal mempunyai anak kerana semasa berkahwin dirinya tidak pernah terfikir untuk mempunyai anak seawal perkahwinan tetapi disebabkan suami ingin mempunyai zuriat maka dia hanya mengikutnya saja.

Bukan itu sahaja malah dia juga meluahkan bahawa dia berasa rindu untuk keluar berjalan-jalan tanpa memikirkan baby yang ada.

Berikut merupakan perkongsian yang tular:

Meninjau reaksi netizen, rata-rata warga netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita tersebut agar lebih kuat.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan apa yang dialami wanita ini.

Berikut merupakan komen warga maya: