“Dia rasa kehilangan” Terlalu Rindu, Adik Menangis Teresak Cium Salinan Ic Arwah Abang

Rindu yang paling dalam adalah rindu pasa orang yang telah pergi buat selama-lamanya. Rindu yang sememangnya tiada penghujung. Namun sebagai hamba kita terpaksa redha dengan segala ketentuan miskipun ianya sangat pahit untuk ditelan.

Hanya gambar dan kenangan sahaja yang boleh mengubat rindu kita pada mereka kerana kenangan itu tiada tarikh luput.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seornag budak lelaki menatap salinan ic abangnya yang sudah pun berpindah ke negara abadi mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @tacaanuar, dapat kita lihat seorang budak lelaki menangis teresak-esak kerana rindu akan abangnya sambil memegang sehelai kertas.

Difahamkan dia sangat rapat dengan abangnya malah dia juga menemukan salinan kad pengenalan tersebut ketika pulang dari sekolah.

Pada awalnya, dia mendapati almari milik arwah terbuka dan mahu untuk menutupnya semula. Ketika itulah dia menemui sehelai kertas yang merupakan salinan kad pengenalan arwah abangnya.

Memetik laporan Siakap Keli, abangnya itu sering menjaga si adik ketika ibu bapanya pergi berniaga.

“Kakak dia yang Yaya tu dengar dia nangis kat dalam bilik sambil pegang kertas, masa tu dia dengan Yaya je ada kat rumah, mak dengan abah pergi keluar berniaga.”

“Si kecik ni sedih sangat sebab dia paling rapat dengan arwah, dekat rumah pun kalau mak dengan abah pergi niaga, arwah yang jaga adik bongsu kat rumah,” jelas Taca

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat keadaan adiknya yang terlalu rindu akan abangnya yang telah pun pergi buat selama-lamanya.

Tidak cukup dengan itu, netizen menzahirkan ucapan tahniah dan menitipkan kata-kata semangat buat mereka sekeluarga.

“dia rasa kehilangan.. Ya Allah.. terpaling rapat sangat sangat dia jadi rasa.. semoga terus kuat adik taca”

“Ya Allah sedihnya.. kesian dekat adik ni rindu sangat dekat arwah abang dia.. Al Fatihah buat arwah abang adik semoga rohnya dikalangan orang beriman Aminn”


“kehlangan adik beradik sangat perit nak lalui..”

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman TikTok:

@tacaaanuar Ya allah sumpah tak kuat tengok adik mcmni hm 😭 #alfatihah ♬ Tiara – Raffa Affar

@tacaaanuar😔

♬ original sound – ay cabron