Viral
Dirempuh Van Polis, Peniaga Hairan Diberi Surat Saman Walau Tidak Bersalah Siap Jadi Kes Mahkamah

Isu salah guna kuasa bukanlah satu perkara yang baharu di negara kita. Manakan tidak, yang berkuasa seringkali ‘menang’ walaupun bersalah dan akhirnya menindas golongan yang tidak bersalah namun tidak mempunyai kuasa.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang peniaga ikan patin bingung apabila menerima surat saman daripada pihak polis selepas peniaga itu menjadi ‘mangsa’ mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian yang tular di laman Twitter @itslyzaa_, pacuan empat roda Ford Ranger peniaga ini dirempuh daripada belakang oleh sebuah Van Polis.
Didakwa menjadi punca kemalangan, polis tersebut terus memberikannya surat saman sedangkan itu bukanlah salahnya.
Adik kepada peniaga tersebut juga menunjukkan kerosakkan yang berlaku pada kenderaan abangnya, van polis tersebut berserta surat saman itu.
Mempunyai bukti yang lebih kukuh, abangnya juga memiliki sebuah dashcam memaparkan kejadian yang berlaku.
Berdasarkan video berkenaan, dapat kita lihat, lelaki itu memperlahankan kereta 4×4 di kawasan garisan berkembar (ada membuka lampu signal) untuk bersedia membelok ke kanan apabila sampai di kawasan garisan putus-putus.
Bahkan, kenderaan yang lain juga sudah memotong Ford Ranger itu dari kiri kerana tahu dia akan membelok ke kanan.
Pun begitu, tiba-tiba datang sebuah van polis merempuhnya dari bahagian belakang lalu ‘menghadiahkannya’ surat saman.
Dalam keadaan yang masih terpinga-pinga mengenangkan dimana salahnya sebagai pengguna jalan raya, dia mengambil keputusan untuk membuat report polis selepas menangkap gambar untuk bukti tambahan.
Lebih menyakitkan hati adalah apabila lelaki ini berjumpa dengan seorang anggota polis bertugas yang berpangkat ‘sarjan’. Dia enggan melihat rakaman tersebut dan memaklumkan bahawa pihak polis juga mempunyai dashcam tersendiri di Van itu.
Seolah ingin melepas tangan, dia meminta peniaga ikan patin itu mencari peguam untuk hadir ke mahkamah atas sebab kes kemalangan yang berlaku.
Oleh kerana tidak mahu memanjangkan cerita, peniaga itu bagaimana pun membuat tuntuan ke atas insuran sendiri dan perniagaannya tergendala selama dua bulan untuk menunggu keretanya siap dibaik pulih.
Baru sahaja ingin memulakan perniagaan, sekali lagi dia dikejutkan oleh surat saman yang kedua dimana dia diminta hadir ke Balai Polis Temerloh.
Dalam surat saman itu juga ada meminta peniaga terbabit hadir sendiri atau melalui peguam ke Mahkamah Majistret Temerloh pada bulan Oktober nanti.
Perkara itu nyata membuatkan dirinya dan ahli keluarga yang lain terkejut dan tertanya-tanya mengapa dia masih disaman walaupun kenderaannya dirempuh oleh van polis itu.
Bukan itu sahaja, pihak berkuasa seakan-akan ‘kroni’ dan menutup kesalahan masing-masing dengan ‘pangkat’ yang mereka ada.
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Polis langgar belakang kereta abang i. Abang i ada record dashcam kalau nak bukti kukuh. Nak claim insurans polis tak boleh. So abang i claim insurance sendiri. Now polis saman pula abang i? Memang undang2 jalanraya kalau polis langgar orang awam yang kene saman ke? @JPJ_Malaysia pic.twitter.com/tcuKaJJEaV
— lizzy (@itslyzaa_) August 25, 2022
Dalam saman tulis abang i letak kenderaan dalam bahaya/halang. Ni abang i record vid dari dashcam. Sbb belum transfer ke phone lagi takut hilang. Abang i tak parking pon tepi jalan atau halang jalan. Abang i nak masuk simpang & ada bagi signal ❗️ pic.twitter.com/kjb8wBzYod
— lizzy (@itslyzaa_) August 25, 2022
Abang i nak masuk simpang ke kanan, yang penting dah bagi signal ❗️. Dua kereta belakang dah ke kiri sebab nak potong. Abang i perlahankan kereta sebab nak masuk simpang. Garis putus2 depan je sikit tak sampai 80 meter je lagi. Tak sempat sampai ke garis putus2, kena langgar.
— lizzy (@itslyzaa_) August 25, 2022
Stereng tak dapat nak control terus ke kanan kereta abang i. Nasib baik jalan seberang tak ada kereta masa tu. Kalau ada kereta nauzubillahiminzalik keadaan abang i. Hanya Allah yang maha mengetahui.
— lizzy (@itslyzaa_) August 25, 2022
Berhenti tepi ambil gambar. Nasib baik ada ambil bukti. Kalau tak mesti polis tu terus lepas tangan. Polis tu bukan seorang tapi bersama 2 3 perempuan dalam van tu. Kemudian buat keputusan untuk buat report di balai Temerloh.
— lizzy (@itslyzaa_) August 25, 2022
Sampai balai, masuk pejabat sarjan. Sarjan tu MATI MATIAN tak nak tengok record dari dashcam. Alasan van polis tu pon ada dashcam. Abang i bertekak la dengan sarjan tu suruh ambil tindakan. End up sarjan tu suruh cari lawyer fight dekat mahkamah. Thats mean dia nak lepas tangan.
— lizzy (@itslyzaa_) August 25, 2022
Abang i taknak panjang cerita sampai naik mahkamah. Jadi claim lah insurance sendiri. Kereta takda sebab hantar bengkel 2bulan. Jadi perniagaan abang i terbantut sebab kereta tak ada. Habis tempoh 2bulan kereta pon keluar bari bengkel nak mulakan perniagaan macam biasa.
— lizzy (@itslyzaa_) August 25, 2022
Baru nak mulakan perniagaan ikan patin macam biasa. Dapat pula call dari balai Temerloh untuk ambil surat saman tu. Jadi i dari pihak keluarga ingin tahu kenapa saman masih dikeluarkan terhadap abang i walaupun POLIS LANGGAR BELAKANG KERETA ABANH I ‼️
— lizzy (@itslyzaa_) August 25, 2022
Punca polis tu, abang i tak boleh teruskan perniagaan 2bulan ❗️. Claim insurance sendiri abis ncd ditolak. Now saman pula dikeluarkan ?
— lizzy (@itslyzaa_) August 26, 2022
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

“Anak Bertuah” – Bawa Balik Makanan Jamuan Untuk Ibu, Tapi Letak Mee Tanpa Bekas Dalam Beg Sekolah

“Jem Terus Macam Mana Nak Mandi” – Terkejut Design Tandas Hotel Lut Sinar, Reaksi Geng Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Ibu Bapa Ini Buat Persiapan Raya Dengan Hiasi Pusara Anak Bertemakan “Hello Kitty”

Netizen Geli Hati Tengok Cubaan Murid Perempuan Menculik Kucing di Sekolah Gagal, Siap Nak Seludup Dalam Beg!

Burger Malaysia Versi Ramadan, Roti Liat Dicalit Sos, Inti Ikan Bilis Hangit! Sayur Langsung Tak Nampak Bayang
