Bagaimana Berbuka Puasa Di Bilik Bedah? Doktor Ini Tunjukkan Caranya Buat Ramai ‘Salute’!

Berpuasa dalam bulan ramadhan juga dituntut oleh islam dan mempunyai pelbagai kebaikan apabila terutamanya ia mengajar kita erti bersyukur.

Seperti yang kita tahu, hukum menyegerakan berbuka puasa apabila ketika azan maghrib dilaungkan adalah sunat.

Pun begitu, bagaimana pula bagi mereka yang bekerja di hospital dan berada di dalam dewan bedah?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang doktor mendedahkan cara mereka berbuka puasa jika pembedahan yang dilakukan sehingga menjelang azan maghrib mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @drnikritzakosai, kelihatan mereka sedang berada di dalam dewan bedah untuk menjalankan tugas.

Dapat juga kita lihat mereka memakai pakaian bedah termasuklah mask dan sarung tangan. Bagaimana pun, ianya sama sekali tidak membataskan mereka untuk menyegerakan waktu berbuka puasa.

Apabila azan maghrib dilaungkan, terdapat seorang misi yang berada di situmenyuapkan mereka kurma untuk berbuka puasa kemudian mask yang berada di muka ditutup semula dengan rapi.

“Salam Ramadhan . Today operating beyond iftar. sunat menyegerakan berbuka puasa ( sunat to breakfast without delay)” ujarnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@drnikritzakosaiSalam Ramadhan . Today operating beyond iftar. sunat menyegerakan berbuka puasa ( sunat to breakfast without delay)

♬ Azan Maghrib – Hud

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 970K tontonan, 66.2K tanda suka, 1412 komen dan 2401 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di rungan komen, rata-rata warga netizen ‘Salute’ dengan mereka yang masih boleh menyegerakan berbuka puasa walaupun sedang berada di dalam dewan bedah dan netizen mengnggap kerja mereka adalah satu pekerjaan yang mulia.

Manakan tidak, dalam masa gigih menyelamatkan nyawa seseorang, mereka masih lagi mampu menunaikan ibadah puasa.

Dalam masa yang sama, ada juga yang berseloroh mengatakan bahawa doktor tersebut untung kerana da yang suapkan dia ketika berbuka manakala ada netizen yang sehingga tahun 2022 masih tiada yang ingin suapkan berbuka. Ada-ada sahaja telatah netizen ni hehehe.

Berikut merupkan komen warga maya: