“The Whole Body Kena Attacked” Amyra Rosly Maklum Anak Kedua Kena ‘Kawasaki Infection, Bacaan Suhu Badan Tinggi

Terdahulu, tular tentang Amyra Rosli yang dikatakan berada dalam keadaan tidak sihat dan mengalami bengkak pada kaki sehingga menyebabkannya sukar untuk berjalan.

“Isteri saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention). Batuk tak berhenti.”

Bagai jatuh ditimpa tangga, kini yang terbaru anak keduanya pula, Ayra Aryssa dikatakan mengalami demam panas dimana suhu badan anaknya itu masih lagi dengan bacaan 40 darjah celsius selain badannya turut dipenuhi ruam.

“A day before admitted, Aryssa okay sangat-sangat. Pergi haircut, main merry go round, balik rumah bergelak ketawa dengan abang. Esok bangun terus sakit? And sampai la hari ni temperature masih 40 dan badan penuh rashes.”

“Tak pernah-pernah Mommy tengok adik weak sampai tak boleh bercakap berhari-hari mcm ni,” ujarnya lagi


“Mommy takut, risau, penat, down, sedih, tapi untuk adik, Mommy kena kuat and adik my strong girl, you can fight this,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.

“Yes ini condition anak Myra sekarang. Kawasaki Infection. The whole body dia kena attacked. Kesian dia. Myra baca semua DM dan komen korang. Tapi tak berkesempatan lagi nak reply.”

“Maaf sangat. Semua dah reda nanti Myra reply okay. Thank you yang mendoakan Aryssa. Love you all,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, suami kepada Amyra Rosli iaitu Ammar Baharin turut menitipkan doa buat permata hatinya itu.

“Princess Daddy ni strong 💪🏻 Hari-hari Daddy n Mommy doa utk Adik semoga Allah angkat sakit yg adik rasa sekarang. Allah sembuhkan segala penyakit dan Allah lindungi adik & abang!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

Perkongsian tersebut bukan sahaja meraih doa netizen malah ianya juga mendapat perhatian daripada rakan-rakan artis yang turut memberikan sokongan moral kepada kedua pasangan ini.

Berikut merupakan komen warga maya: