“Apa pilihan dia ada..” Dukung Anak Sambil Bawa Motor, Netizen Sebak Lihat Pengorbanan Bapa Muda

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang dalam hidup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan seorang bapa yang menunggang motosikal sambil mendukung anaknya berhenti di persimpangan lampu isyarat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @maliquemic. Kelihatan dia menggendong anak perempuannya dan membetul-betulkan kedudukan anaknya itu oleh kerana risau anak perempuannya akan terjatuh dari motosikal yang dibawanya.

Tidak cukup dengan itu, bapa muda itu juga membawa sekali sehelai kain seperti selimut untuk melindungi anaknya tadi daripada terdedah kepada cahaya matahari buat masa yang lama.

Oleh kerana tempoh menunggu lampu isyarat agak lama, si bapa dilihat kerap memeriksa keadaan anaknya.

“Rezeki kita telah ditentukan sejak azali lagi. yg penting syukur dgn apa yg ada dan tak mengeluh dgn ujian Allah” katanya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@maliquemic Rezeki kita telah ditentukan sejak azali lagi. yg penting syukur dgn apa yg ada dan tak mengeluh dgn ujian Allah. #bahagiacarasendiri #kasihseorangayah #fyp #tuhansedangmengujikita ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 120.2K tontonan, 9546 tanda suka, 572 komen dan 334 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat video tersebut dan mula muhasabah diri untuk sentiasa menjadi manusia bersyukur.

Dalam masa yang sama, para netizen juga salute dengan pengorbanan seorang ayah dan menyifatkan kasih sayang seorang ayah ini sememangnya sehingga ke hujung nyawa.

Antara komen warga maya:

“memang nampak bahaya bawa anak macam tu.. tapi apa pilihan dia ada..”

“bahayanya bawa motor dengan anak gitu”

“kalau saya jumpa depan2 macam ni, confirm saya meraung dalam kereta”


“sebaknya tengok.. contoh terbaik untuk anak2”