“Bila cucu2 beraksi” Selamba Mandi Air Coway Sampai Banjir Lantai, Nenek Tak Jadi Marah Sebab Sayang

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun terkadang ada juga karenahnya yang membuatkan para penjaga ‘naik hantu’ melihatnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana mandi dengan air coway sehingga basah lantai rumah mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, pada aalnyamereka peahkan buah tembikai dan neneknya mengambil air coway untuk membersihkan lantai.

Namun tanpa disangka-sangka dia mengikut tindakan neneknya itu sehingga menjadikan air tersebut untuk mandian.

“Al kisahnya, cucu bertuah ni pecahkan buah tembikai.. nenek ambil ler air coway basuh lantai tu sekali dorang tgk… akhir ini jadinya…” ujarnya

Neneknya juga akui dia melayan cucu dan anaknya pada zaman dulu berbeza dimana dia sendiri ‘kalah’ dengan cucunya dekkerana terlalu sayang.

“bila cucu² beraksi.. sabo je lah nenek.. kalau zaman ank2.. lbh dr sekampung boleh dgr suara.. bila dgn cucu.. nenek kalahh” tambahnya lagi.

Bagaimana pun, gelagat mereka juga mengundang kerisauan orang ramai kerana mereka takut cucunya itu tersilap tekan di bahagian air panas namun neneknya tampil menjelaskan ada lock di bahagian air panas dan mereka tidak pernah usik.

Video yang tular di laman TikTok:

@terataiputihbila cucu² beraksi…😆🤣sabo je lah nenek😭😭♬ original sound – ælya

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 67.9K tanda suka, 2762 komen dan 5096 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat cucunya yang ‘banyak akal’ sehinggakan banjir rumah dibuatnya.

Dalam masa yang sama, para netizen juga bimbang akan keselamatan kanak-kanak tersebut kerana takut terkena renjatan elektrik namun neneknya juga menjelaskan bahawa segala suiz telah pun dimatikan malah neneknya juga menafikan video tersebut dilakukan untuk konten semata-mata.

“sori sis.. ini bkn untuk content, ni pun video yg dah last… byk lg yg sempat kami rakam Dr awal… biasalah bila ank2 cucu blk kg… nenek is hepi2”

Berikut merupakan komen warga maya: