Dihina Gara-Gara Belum Ada Anak, Reaksi Wanita Ini Apabila Mengadu Pada Suami Buat Ramai Sebak

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga sudah pastinya menanti kehadiran cahaya mata dengan penuh sabar.

Namun, tak semua pasangan diberikan ‘rezeki’ untuk hamil sejurus selepas kahwin (bunting pelamin) dan terdapat pasangan yang perlu menunggu bertahun-tahun dan melakukan pelbagai ‘alternatif’ sebagai solusi

Sekuat mana pun ‘pejuang garis dua’ cuba mennguatkan diri apabila rahim belum pernah terisi dengan zuriat, pasti ada satu detik di mana semangat itu akan runtuh sekelip mata.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang rider wanita call suaminya untuk mengadu apa yang dilaluinya saat bekerja mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mohdhabibullah_, isterinya menceritakan tentang seseorang yang seolah-olah sengaja merendahkan dan ingin menyakitkan hatinya.

Dia memberitahu suaminya terdahulu ada seorang lelaki bertanyakan statusnya dan jumlah anak namun wanita ini dengan tenang menyatakan dia belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

Ekoran berhenti menjadi penghantar makanan buat seketika, wanita ini terkejut dengan soalan lelaki tersebut apaila dia menjadi rider semula dimana lelaki itu bertanya samada wanita ini sudah mempunyai anak atau belum kerana ingat wanita tersebut bersalin dalam tempoh bercuti itu.

Malah, lelaki tersebut juga mengeluarkan satu perkataan yang langsung tidak sedap didengari dan menyebabkan wanita tersebut sakit hati namun masih bersabar.

Beberapa minggu selepas kejaadian tersebut, buat kali ke tiga lelaki itu berjumpa dengan rider wanita ini dimana mereka berdua terserempak di sebuah kedai makan.

Apa yang membuatkan wanita ini menitiskan air mata apabila lelaki tersebut menjerit dan bertanyakan sama ada dia dah bersalin atau pun belum dan ketika itu wanita tersebut baru sahaja mengambil makanan di kedai makan untuk hantar ke rumah pelanggan.

Susulan melihat isterinya yang sedang menangis, dia cepat-cepat mengalihkan topik dengan memberitahu dia ingin membelikannya roti john.

“Budak kecik ni call ckp lepas isi brg nk jumpa jp sbb bnyk bnde nak luah. sekali dengar apa dia luah, perasaan ni bercampur marah & sedih. igt ye ank tu rezeki Allah, lmbt atau cpat je. Xpatut ckp cmtu kat isteri org bang. Nasib la ckp roti john terus dia okay.” ujar suaminya di ruangan kapsyen

Video yang tular di laman TikTok:

@mohdhabibullah_

Budak kecik ni call ckp lepas isi brg nk jumpa jp sbb bnyk bnde nak luah. sekali dengar apa dia luah, perasaan ni bercampur marah & sedih. igt ye ank tu rezeki Allah, lmbt atau cpat je. Xpatut ckp cmtu kat isteri org bang. Nasib la ckp roti john terus dia okay. 😓😞

♬ original sound – Mohd Habibullah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 821.6K tontonan, 56.7K tanda suka, 3970 komen dan 1088 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang seolah-olah tidak tahu bagaimana caranya untuk menjaga hati orang lain.

Dalam masa yang sama, para netizen juga sebak melihat wanita tersebut yang ‘down’ kerana mulut manusia malah warganet mendoakan pasangan tersebut agar dikurniakan cahaya mata satu hari nanti.

Antara komen warga maya: