“Apa ni kak bagi signal?” Remaja Tunggang Motosikal Berang Salahkan Pemandu Kereta

Kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal menduduki carta tertinggi dalam statistik kemalangan mengikut jenis kenderaan di Malaysia.

Oleh hal demikian, penunggang motosikal janganlah mengambil mudah tentang aspek keselamatan kerana ia merupakan punca utama berlakunya kemalangan yang melibatkan motosikal.

Seperti yang tular di laman Facebook, suatu video dashcam telah dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali Fareez Aiman.

Video tersebut memaparkan kereta mangsa membuka lampu signal untuk masuk ke simpang, di mana merupakan satu tindakan keselamatan yang baik sebagai peringatan agar kenderaan lain lebih berhati-hati dan berwaspada.

Namun itu tidak berlaku kepada mangsa, sebaliknya kereta mangsa dilanggar oleh sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua orang remaja tidak memakai topi keledar.

Motosikal itu terus merempuh pada bahagian kiri kereta mangsa ketika kereta mangsa menghampiri simpang, walhal lampu signal sudah pun digunakan.

Sudahlah dilanggar, dimarah pula oleh remaja berkenaan kerana menggunakan lampu signal hingga menyebabkan mereka berlanggar.

“Apa ni kak bagi signal?” pekik remaja berkenaan.

Sampai di akhir video yang tular tersebut, mangsa menegaskan berkali-kali bahawa mangsa sudah pun menggunakan signal untuk masuk ke jalan simpang.

“Saya bagi signal sebab saya nak masuk (simpang),” jelas pemandu tersebut.

“Saya tak nampak kak, saya dah jalan dah tadi kak,” kata remaja itu lagi yang enggan mengaku kesalahannya.

Susulan kejadian ini, rata-rata netizen mengungkapkan rasa berang dan geram dengan tindakan remaja tersebut yang menyalahkan pemandu berkenaan walaupun jelas sekali itu bukan kesilapan darinya.

Antara komen netizen:

“Wakaka.sendiri salah.sendiri nk marah org.Tu mesti dia terdiam bila bgthu ada dashcam”

“tak pakai helmet pun dah satu kesalahan, lagi mao tegakkan benang yang basah”

“1st time jumpa kes accident kena marah bagi signal, selalu yg jadi org marah x bagi signal. Ini betul2 rare..”


“Kawan dia lagi sorang mintak maaf. Terima kasih. Yang marah tu mungkin dia tengah dalam keadaan shock. Semoga dipermudahkan semuanya”

Video yang tular di laman Facebook: