“Siap buat backflip!” Aksi Peserta Uji Bakat Pencarian Wanita Melayu Dikecam Netizen

Zaman kita kian berkembang dari semasa ke semasa begitu juga dengan anak anak muda sekarang. Ada sahaja anak anak muda yang ingin menceburi minat yang diminatinya, ada juga yang mencuba bakatnya untuk mengikut ‘trend’ sekarang.

Terdapat banyak platform yang boleh mereka menonjolkan diri ke arah yang lebih positif tidak kira lah dari program nyanyian, lakonan dan sebagainya.

Pelbagai program pencarian bakat kerap dilakukan untuk anak-anak muda menunjukan kebolehan mereka kepada umum.

Pun begitu lain pula ceritanya dengan seorang wanita yang menari semasa menghadiri ujibakat Pencarian Wanita Melayu ini.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh @plazashahalam di laman Tiktok, seorang wanita sedang menari sambil membuat aksi ‘ back flip ‘ dihadapan juri.

Pencarian Wanita Melayu, program yang mencari wakil wanita melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi.

Tanda tanya yang menjadi persoalan netizen di komen adalah wanita ini kemungkinan salah menyertai uji bakat dengan aksinya.

Dengan imejnya berhijab sambil membuat aksi ‘back flip’ dengan berlatar belakang kan lagu Disney ini jelas mendapat kritikan netizen di laman Tiktok.

Dari dahulu lagi kita sudah tahu, wanita melayu sering dikaitkan dengan kesopanan dan menjaga tingkah laku. Tarian Melayu kita juga dikaitkan dengan konsep yang sama.

Sudah terang lagi bersuluh, aksi yang ditunjukkan itu tiada ‘kemelayuan’ langsung. Nama pun pencarian wanita Melayu.

Meninjau di ruangan komen, rata rata netizen mengatakan yang wanita ini seperti salah menyertai program. Ada juga yang merasakan aksi tariannya itu tidak sesuai untuk seorang wanita apatah lagi yang mengenakan hijab.

Bukan itu sahaja, ada juga yang ‘takut’ melihat aksi tariannya itu malah netizen sempat menitipkan pesan agar kita berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara supaya tidak memalukan diri sendiri dan agama.

Antara komen netizen di laman Tiktok:

“Dah elok elok pakai tudung, dikangkangnya depan juri.Adoi”.

“Boleh dah pergi audition cerita seram. Bukan semua orang boleh terbalik macam tu”.


“Lain macam melayunya”.

“Macam tak sesuai je dengan nama ujibakat tu”.

“Macam salah masuk pertandinga je ni”.

 

 

@plazashahalam #pencarianwanitamelayu #pencarianwanitamelayu2022 #plazashahalam ♬ original sound – ⚘「」❤