Akad Nikah Guna Isyarat Tangan, Pengantin Bisu Ini Buat Netizen Kagum

Hari pernikahan merupakan hari yang sangat bermakna dimana dua hati bersatu untuk diijab kabulkan. Manakan tidak, sekian lama bercinta, akhirnya disatukan sebagai suami isteri.

Sesi ijab dan qabul ataupun akad nikah sememangnya menjadi satu perkara yang mendebarkan buat pasangan mempelai, namun bagaimana pula bagi mereka yang kelainan upaya (OKU)?

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki ini mempunyai masalah percakapan dan pendengaran namun beliau kelihatan begitu tenang ketika majlis pernikahannya berlangsung di sebuah masjid yang terletak di Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @amrimjs, pengantin lelaki yang segak berbusana pengantin berwarna putih itu dilihat mengungkapkan lafaz nikah dengan menggunakan bahasa isyarat dengan alat bantuan pendengaran.

Dapat kita lihat, dia begitu mahir dan cekap menggunakan bahasa isyarat tanpa mempunyai sebarang masalah terutamanya ketika mengeja nama pasangannya itu.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat kelebihan lelaki tersebut dalam menggunakan bahasa isyarat malah lancar mengeja nama isterinya menggunakan isyarat tangan.

Bukan itu sahaja netizen juga menitipkan ucapan tahniah atas bahtera yang dibina dan mendoakan agar hubungan tersebut berkekalan sehingga ke syurga.

Antara komen warga maya:

“seronok pula tengok, apapun tahniah”

“tengok dia teringat kat anak saya kahwin.. pakai bahasa isyarat.. selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke Jannah”


“rindu kawan bisu aku.. asal jumpa je terus guna bahasa isyarat”

“even kita tak boleh dengar suara dia.. tapi still kita boleh nampak betapa nebesnya dia..”


Video yang tular di laman TikTok:

@amrimjsJodoh & pertemuan adalah ketentuan Allah.. semoga kekal hingga Syurga..♬ Selamat Pengantin Baru (Alhamdulillah) (Instrumental) – Instrumental

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 137.2K tanda suka, 2773 komen, 3040 simpanan dan 2550 perkongsian di applikasi TikTok.