Anak ‘Pergi’ Sekelip Mata Ketika Dalam Perjalanan Ke Hospital Gara-Gara Demam Panas, Luahan Ayah Undang Sebak Ramai.

Kehilangan orang yang kita sayangi adalah satu takdir yang sukar untuk ditelan namun harus meredhakan apatah lagi yang ‘pergi’ adalah anak kita sendiri.

Lebih perit jika cahaya mata itu sempat dijaga dan membesar dengan sihat di depan mata namun terpaksa berpindah ke negara abadi kerana dijemput ilahi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah meluahkan rasa sebaknya setelah kehilangan anakanda tercinta iaitu Muhammad Nurfaiq Danish atau lebih mesra dengan panggilan Faiq.

Difahamkan, anak kepada Bob Zackariyya ini sudah lama demam dan ulang alik ke hospital namun keadaan nadinya pada ketika itu masih normal.

Doktor meminta untuk membawa faiq ke hospital untuk mengambil sampel darah namun sudah suratan takdir, permata hati mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Pun begitu, punca kematian masih tidak diketahui kerana menunggu keputusan sampel darah.

“Ibarat penyeri dalam rumah sudah tidak ada suara budak. Tidak ada orang yang kita nak main. Dia anak yang pertama dan tunggal sebab itu rasa terkesan sangat-sangat,” ujar ayahnya dalam keadaan sebak.

“Terima kasih atas kenangan 2 tahun 3 bulan. Walaupun hanya seketika tetapi ibu dan ayah anak syurga ini rasa seperti rasa sungguh lama bersamanya.”

““Tiada apa dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih kerana mendoakan arwah anak saya Muhammad Nurfaiq Danish dan ucapan semangat untuk kami sekeluarga agar terus kuat lalui hari-hari tanpa satunya si penyeri kami di sisi.”

“Sesungguhnya perancangan Allah itu maha indah, arwah pergi sebagai anak Syurga bukan sebagai anak soleh yang kami impikan. In shaa allah kami akan kuatkan hati untuk menerima takdir yang Esa.”

“Pasti arwah sedang tersenyum gembira melihat ramai orang sayang dan mendoakannya,” ujarnya si ayah yang menahan rindu pada anak syurganya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak mendengar luahan sayu daripada seorang ayah yang telah pun kehilangan permaya hatinya.

Dalam masa yang sama netizen menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh faiq ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Macam tidur ja muka..semoga tabah menghadapi dugaan ini..”

“Anak syurga.. berseri2 wajahnya..”

Perkongsian yang tular di laman Facebook: