Gara2 Penutup Manhole Terbuka, Detik Cemas Budak 18 Bulan Terjatuh Ke Dalam Longkang Pembetung Sedalam 5 Kaki

Menjaga anak yang sedang membesar tentunya bukan perkara yang mudah sebab itulah para ibu bapa harus lebih peka terhadap anak apatah lagi jika berada di luar rumah agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam longkang pembentung sedalam lima kaki ketika berjalan bersama ibunya di kawasan rumah mereka yang terletak di Tenderden, Kent, United Kingdom mencuri perhatian ramai.

Detik cemas tersebut sempat dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) kepunyaan jirannya. Dapat kita lihat, The Prior berjalan di kawasan kejiranan dan ketika itu, mangsa telah terpijak penutup longkang pembetung di kawasan tersebut dan terus terjatuh.

“Perkara pertama yang saya fikir pada ketika itu adalah ‘Ya Tuhan, dia sudah mati’. Saya menarik penutup longkang dan melihat dia berada di bawah sambil menjerit nama saya.” Ujar ibunya yang dikenali sebagai Amy Blyth

Tanpa berfikir panjang wanita ini terus mengalihkan penutup longkang tersebut dan terjun ke dalam bagi menyelamatkan anaknya malah dia akui keadaan di dalam longkang sangat sempit dan dalam.

“Saya terjun ke dalam longkang tetapi ia sangat sempit dan saya tidak boleh membongkok untuk mencapainya. Ia sangat dalam sehingga tidak dapat melihat kepala saya dari luar.”

Bercerita lanjut, difahamkan anaknya berjaya diselamatkan dengan usaha wanita ini yang mencapai dan mengangkat anaknya keluar.

Menurutnya, pakaian anaknya juga dipenuhi dengan sisa kumbahan. Kanak-kanak itu juga dipercayai turut tertelan air di dalam pembetung tersebut.

Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital William Harvey Ashford untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Video yang tular: