Hanya Kerana Meniaga Sayur Bakal Mentua Tak Restu Hubungan, Wanita Dedah Gaji RM6Ribu

Tanggapan kerja kerajaan lebih terjamin masa depan masih menebal dalam fikiran masyarakat sehingga itu menjadi kayu ukur kepada seseorang untuk dijadikan menantu.

Sukar dipercayai, namun begitulah takdir menyedihkan yang kita perlu hadapi masa kini.

Sama juga dengan video yang tular di applikasi Tiktok @_virgo52 baru-baru ini yang mendedahkan seorang wanita di ‘reject‘ oleh bakal ibu mertua dan dianggap tiada masa depan.

Difahamkan dia dipandang hina oleh bakal ibu mertua oleh kerana dia bekerja sebagai sebagai penjual sayur.

Hal ini kerana ibu mertuanya bercita-cita untuk memiliki menantu yang bekerja sebagai seorang pegawai kerajaan.

“Maaf saya bukan calon menantu idaman yang berseragam” tulis wanita ini sebagai kapsyen.

Tidak cukup dengan itu, ibu mertua turut meminta wanita ini untuk pulang dan tidak berjumpa lagi dengan teman lelakinya kerana menganggap wanita ini tidak layak untuk berkahwin dengan anaknya itu.

Pengguna TikTok ini juga smpat meminta maaf kepada mak cik tersebut kerana dirinya bukanlah calon menantu idaman.

Video tular di laman Tiktok

@_virgo52 maaf ya Bu, saya bukan calon mantu idaman yg berseragam 🧕🙏 #GoodDayGoodJam ♬ Little Mix – Hair – 🇹🇴

‘Ex bofriend’ dedah gaji awek baru 1.4k

Namun kisah ini tidak hanya terhenti disini, tanpa berdiam diri wanita ini cuba untuk ‘membuka mta’ ibu mertuanya dengan memuat turun sebuah lagi video.

@_virgo52 #bukanmaen ♬ suara asli – AdrilFernando👑 – DUTA SOUND MINANG👑

Menerusi video terbaru itu, Rosvita menjelaskan pendapatan bulanannya sebagai penjual sayur sebenarnya mencecah sehingga 21 juta rupiah (RM6000) sedangkan teman wanita terbaru lelaki tersebut hanyalah bergaji lima juta rupiah (RM1400) sebulan.

Secara spontan dia menyindir bekas teman lelakinya dan menyatakan bahawa gaji teman wanita baharunya itu cuma mampu membuat belanja hariannya sahaja.

Siapa sangka , ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 12 saat tersebut kini meraih 441.1k tontonan, 21.1k tanda suka, 1063 komen dan 548 perkongsian.

Rata-rata netizen geram dengan ‘mentality’ bakal ibu mertuanya itu yang sangat ‘materialistic’ dan mementingkan wang semata-mata.

Meninjau di ruangan komen, para netizen memberi pendapat masing masing tentang situasi tersebut.

Antara komen-komen netizen: