Anak ‘Pantang’ Nampak Kedai Mainan, Bapa Kongsi Tips Elak Kena ‘Paw’ Buat Ramai Terhibur

Sebagai ibu bapa, pastinya kita ingin yang terbaik untuk anak dan akan melakukan sedaya upaya untuk menunaikan segala permintaan anak.

Sama juga jika kita pergi membeli belah di Mall, pasti terdapat kedai mainan yang ‘pantang’ dilihat oleh kanak-kanak seperti Mr Toy, ToyrUs dan banyak lagi. Bukan setakat di mall, kadang di pasar malam pun anak-anak mengamuk semata-mata nak beli mainan ataupun belon yang dijual.

Sekali sekala mungkin boleh. Tapi jika setiap kali keluar sahaja perlu dibelikan mainan ianya sudah menjadi satu pembaziran apatah lagi kebanyakkan daripada mainan tersebut mahal-mahal belaka.

Namun, jika tak dibeli, anak-anak akan protes dan menangis. Jadi macam mana pula ya nak atasi situasi tersebut?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seoang ayah menghadapi situasi yang sama mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, anaknya pantang melihat kedai mainan pasti dia akan memujuk ayahnya untuk membelikannya barang mainan.

Pun begitu, tiba-tiba ayahnya mencetuskan sebuah idea yang boleh diguna pakai oleh orang ramai dimana dia mendukung anaknya sambil menutup mata dan berlari melewati kedai mainan tersebut.

Anak nya yang masih bingung dengan apa yang berlaku hanya berjalan seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku dan tanpa dia sedari kedai yang menjual barang mainan telah pun berada di belakangnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@pofarizul30🤣🤣🤣🤣 jahat

♬ original sound – pofarizul

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 3M tontonan, 306.5K tanda suka, 5784 komen dan 14.9K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat ‘effort’ ayahnya yang ingin mengelakkan pembaziran berlaku tanpa menghampakan anaknya.

Dalam masa yang sama ramai yang mengakui ingin mencuba trick tersebut pada anak mereka yang sering menangis dan memujuk untuk dibelikan mainan saat terlihat kedai mainan.

Bukan itu sahaja, ada juga para netizen yang terdiri daripada kaum suami berseloroh mengatakan trick ini bukan sahaja boleh digunapakai pada anak, malah ianya boleh juga dicuba pada isteri yang pantag lihat kedai yang menjual peralatan makeup dan sebagainya.

Antara komen warga maya: