Budak Perempuan Ditemui Sesat Tengah Jalan Seorang Diri Dalam Kegelapan Buat Netizen Risau

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri bahkan ada juga perkara yang dilakukan diluar jangkaan kita.

Sebab itu lah kita perlu lebih memantau keadaan anak-anak kerana pelbagai kemungkinan dan perkara buruk yang boleh berlaku.

Sama juga dengan kisah yang tular di Thailand baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak perempuan berusia kira-kira tiga tahun sesat di tengah jalan yang sangat gelap mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @yozawa, kelihatan kanak-kanak itu berada di atas jalan raya yang gelap ketika waktu malam dan dikatakan berlaku di daerah Chumphon Buri di wilayah timur laut negara itu.

Namun apa yang lebih menyeramkan adalah, budak dilihat berlari mengejar sebuah kenderaan yang melewati jalan tersebut namun dua orang individu yang berada di dalam kereta tersebut ragu-ragu untuk membantu kanak-kanak itu kerana risau ia merupakan satu perangkap.

“Saya takut kanak-kanak itu mungkin sebahagian daripada sindiket penipuan, jadi saya tidak keluar dari kenderaan dan memanggil pasukan penyelamat untuk membantunya,” kata salah seorang dari mereka.

Setibanya pasukan penyelamat di tempat kejadian, , pasangan itu menurunkan tingkap kereta untuk bercakap dengan kanak-kanak itu dan budak perempuan itu mengatakan dia telah pun tersesat sambil menangis teresak-esak.

Memetik laporan Bangkok Post, kanak-kanak perempuan itu dalam perjalanan pulang dari sekolah dan ingin melawat rumah neneknya di kampung lain sebelum ditemui sesat di tengah jalan raya itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@yozawa #ดีน้องไม่หลงไปข้างทางหรือตกลงไปในน้ำดีที่น้องปลอดภัยหนูเก่งมากที่วิ่งร ♬ เสียงต้นฉบับ – Amzawa แล้วไง – a

@yozawa #เตือน!ดูลูกหลานกันดีๆน่ะครับปล่อยเดินหลงออกมาจากบ้านเดินเป็นกิโลฝนก็ตก คนที่ขับรถมาเจอก็กลัวว่าเป็นมิฉาชีพไม่กล้าลงจากรถ โทรหากู้ภัยมา ถึงได้กล้าลงเข้าช่วยเหลือ(เด็กปลอดภัยดีส่งถึงบ้านพร้อมกู้ภัย) #กู้ภัยชุมพลบุรี#ขอบคุณที่ช่วยน้องได้ดีใจสุดๆ#ชีวิตในต่างแดน ♬ เสียงต้นฉบับ – Amzawa แล้วไง – a

@yozawa #จากเหตุการณ์ส่งถึงมือของยายเด็กอย่างปลอดภัยครับยายบอกว่ารับน้องจากโรงเรียนแล้วก็ไม่สนใจเริ่มเย็นก็เริ่มตามหาน้องประมานทุ่มหนึ่งกำลังจะไปแจ้งผู้ใหญ่บ้านให้ประกาศตามหา ♬ Ela Já Tá Louca – Anderson Neiff & John Johnis

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 18.5M tontonan, 1.3M tanda suka, 16.6K komen dan 18.6K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen pada awalnya turut berasa seram dengan video tersebut namun dalam masa yang sama kasihan melihat budak perempuan itu yang berlari mengejar kereta yang lalu.

Berikut merupakan komen warga maya: