“Jangan bagi anak-anak jalan sendiri” Wanita Kongsi Detik Cemas Murid Prasekolah Hampir Dilanggar

Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang seringkali kita dengar dari mulut masyarakat namun masih ada daripada kita yang mengambil ringan akan isu keselamatan apatah lagi bila melibatkan anak-anak.

Acap kali kita lihat di dada akhbar dimana budak sekolah meninggal dunia oleh kerana dilanggar kenderaan yang lalu lintas malah ada juga yang hilang nyawa gara-gara kecuaian penjaga sendiri.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna yang berkongsi detik-detik cemas apabila dia menemui seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan kaki sendirian di tepi jalan raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @malaysianupdatenews, difahamkan kanak-kanak yang merupakan murid prasekolah itu bermain kejar-kejar bersama rakannya di hadapan sekolah sehingga hampir dilanggar.

“Ada 2 budak berlari, yang perempuan ni berlari ke arah jalan raya, yang budak lelaki ni dia tarik budak perempuan ni. Nasib baik budak lelaki ni tarik, kalau tak tak tahu la apa jadi.”

Bagaimana pun, dia tidak berkesempatan untuk memberhentikan kenderaan ekoran tiada tempat sesuai untuk berhenti dan terdapat banyak kereta lagi di belakangnya.

“Tolong ibu bapa supaya lebih prihatin..kalau jd apa2, menangis air mata darah dah tak guna..”

Video yang tular di laman TikTok:

@malaysianupdatenews Tolong ibu bapa supaya lebih prihatin..kalau jd apa2, menangis air mata darah dah tak guna..🥺 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ bunyi asal – 💥💋Cikdin.Official💯🇲🇾🇹🇭?

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 645.5K tontonan, 44.5K tanda suka, 3408 komen dan 1945 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen geram mengapa anak tersebut dibiarkan berjalan berseorangan di jalan raya kerana ianya bukan sahaja boleh menyebabkan kemalangan malah boleh juga berlaku kes penculikan.

Dalam masa yang sama, para netizen juga akui anak merupakan nombor satu dalam apa jua keadaan dan sanggup dikurangkan gaji semata-mata ingin mengambil anak ‘on time’.

Berikut merupakan komen warga maya: