Connect with us

Viral

Anak Kucing Sepahkan Bilik, Aksi Ibu Kucing Datang ‘Marah’ Dan Kemaskan Bilik Buat Netizen Terhibur

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja bahkan ianya juga antara haiwan yang bijak

Ada sahaja telatahnya untuk ajak tuannya bermain, senang cerita boleh sunyi jika tidak ada si bulus ni di rumah.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seekor ibu kucing kelihatan memarahi anaknya kerana menyepahkan bilik tuannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jaymochtoo, pada awalnya kelihatan seekor anak kucing bermain di atas katil tuannya sehingga menyebabkan bilik katik itu kelihatan tidak terurus dan bersepah.

Ibu kucing yang melihat anaknya berguling itu kemudiannya seakan memarahi anaknya kerana menyebabkan kaitl itu bersepah lalu anak kucing tersebut beredar daripada tempat itu.

Namun apa yang mengejutkan adalah, setelah anaknya pergi, si ibu dengan gigih mengemas semula cadar yang bersepah itu sehingga ianya kelihatan kemas dan rapi.

Berikut merupakan video yang tular:

@jaymochtooFollow for part 103

♬ my audio yellow – ♡

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2 Juta tontonan, 381.6K tanda suka, 2868 komen dan 8564 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut dan tidak menyangka kucing tersebut akan mengemas semula katil itu bahkan netizen sempat beseoroh m=bahawa mungkin kucing itu terdiri daripada ‘asian mom’.

Berikut merupakan komen warga maya:

“i love how the mamacat smacks hhis kitten like some Asian mother”

“can this cat also cook?”

“that cat is better trained than my husband”


“penat mak kemas, awak sepahkan balik, ni kalau tuan nampak ni kena marah tau”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)