“Jangan post TikTok nanti dia tahu” Susah Minum Ubat, Ibu Ini Kongsi Tips ‘Scam’ Anak Guna Air Kotak

Anak-anak memang banyak ragamnya apatah lagi jika tiba waktu untuk makan ubat. Aksinya yangmemberontak kadang membuatkan paraibu ‘naik hantu’ dibuatnya.

Masalah ini biasanya lebih kerap berlaku kepada peringkat umur bayi dan kanak-kanak. Jadi, tidak hairanlah jika ada ibu bapa yang mengambil berbagai-bagai alternatif bagi memastikan si anak tersayang dapat menelan ubat.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi tips bagaimana nak membuatkan anak lebih senang makan ubat mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @qasmahqasehcloset, kelihatan seorang budak lelaki sedang asik meneguk air kotak yang diberikan oleh ibunya.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya ‘air’ yang diteguk itu adalah ubat cecair yang telah di ‘custom’ ibunya dan diletakkan ke dalam kotak air yang telah dikosongkan itu.

Dapat kita lihat, dia membuat lubang berbentuk segi empat untuk memasukkan bekas kecil yang berisi ubat cecair untuk anaknya dan apa yang lebih melucukan adalah ‘prank’ ibunya itu berjaya apabila si anak tidak henti meneguk dan menganggap ianya adalah air kotak berperisa.

“tips anak susah minum ubat..buat macam ni..”- katanya

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

@qasmahqasehcloset♬ original sound – Manoeuvres Ignite – Manoeuvres Ignite 🇵🇭

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 71.2K tanda suka, 578 komen dan 2628 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya adalah satu tips yang berguna dan turut ingin mencuba tips tersebut pada anak mereka yang susah untuk makan ubat.

Dalam masa yang sama, para netizen juga sempat berseloroh meminta si ibu untuk tidak memuat naik video tersebut di laman TikTok agar tidak ‘kantoi’ dengan anaknnya.

Antara komen warga maya:

“jangan post tiktok nanti dia tahu”

“idea best ni.. tak pernah terfikir”

“anak saya rasa guna lidah dulu.. dia rasa pelik sampai sudah tak mau minum dah, susah nak perdaya dia”


“wow bagus tips ni untuk bakal wife saya”

“tidak untuk anak yang terlebih berdikari.. apa2 tetap pegang sendiri”