Ada orang memang pantang nampak petai, terus terbuka selera walaupun sekadar cicah dengan budu. Tapi ada orang yang langsung tak boleh makan petai sebab ianya berbau agak kuat.

Sayur petai dimakan secara terus, dibuat ulam, dijerukkan atau dibuat lauk makanan harian malah lauk makanan harian yang paling popular di Malaysia ialah sambal petai yang menjadi buruan peminat lauk makanan tradisional.

Pun begitu, tidak semua gemar akan petai apatah lagi generasi muda zaman kini yang lebih memilih ‘fast food’ ssebagai hidangan utama.


Namun, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan yang gemar akan petai mencuri perhatian ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @juztmejay, kelihatan seorang budak perempuan berada di sebuah majlis dan sedang menjamu selera.

Bagaimapaun, apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah budak tersebut dilihat memakan petai setelah habis menjamu selera.

Bukan itu sahaja, dia juga kelihatan pergi mengambil secekak petai lagi dan diletakkan dalam genggaman kecilnya lalu makan petai tersebut seperti makan makanan ringan.

Ibunya sempat berseloroh mengatakan dia takut satu hari nanti tiada orang yang mahu menjadikan ananya menantu kerana petai tersebut sifatnya berbau kuat.

“ghisau tak ada orang nak buat menantu..mungkin rasa cikedis kot..” kata ibunya

Video yang tular di laman TikTok:

@juztmejay Mungkin rasa cikedis kot #fyp #petai #makanpetai #budakkecik ♬ original sound – Siti Nurjannah Abu B

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 166.0K tontonan, 8951 tanda suka, 1830 komen dan 1137 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata ‘salute’ dengan aksi selamba adik ini yang makan petai seperti makan keropok kerana ada para netizen yang tidak memakan petai.

Malah dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berkongsi situasi yang sama dimana anak mereka sangat gemar akan ulam-ulaman sehinggakan akan mengajak ibunya pergi beli petai dan jering selepas tamat sesi persekolahan.

Berikut merupakan komen warga maya: